Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

22
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi.

Daripada cara berpakaian, berkomunikasi, pergerakan hingga waktu semuanya perlu dipatuhi. Malah nak makan pun ada peraturannya tau!

Ini kerana ada beberapa jenis makanan yang boleh dimakan dan tidak. Jadi entri kali ini Team Wanista nak kupaskan makanan apakah yang tidak boleh dimakan oleh keluarga diraja Britain.

Pasta 

Ratu Elizabeth melarang keluarga diraja di Istana Buckingham makan pasta kerana ia dikatakan mengandungi karbohidrat yang tinggi dan boleh beri kesan pada kesihatan. ‘

Foto – Pinterest

Selain pasta, makanan karbohidrat seperti nasi dan kentang juga tidak dibenarkan melainkan ada majlis khas.

Air paip 

Bagi sesetengah negara, air paip boleh diminum terus tanpa dimasak. Tetapi untuk keluarga diraja Britain, mereka hanya minum air mineral dari botol sahaja dan tidak pernah minum air paip.

Foto – Pinterest

Ia kerana keluarga diraja Britain mahu mengurangkan risiko sakit akibat bakteria atau bahan kimia berbahaya dari air paip.

Bawang

Camilla Parker Bowles iaitu isteri kepada Putera Charles mendedahkan keluarga diraja Britain tidak boleh dan dilarang keras untuk makan bawang. Tak kiralah bawang merah atau putih sekali pun.

Foto – Pinterest

Larangan itu diwujudkan kerana mereka perlu bercakap dengan orang ramai dan bila makan bawang ia akan mengeluarkan bau yang kuat dan tidak menyenangkan.

Foie Gras

Putera Charles melarang makanan Perancis iaitu Foie Gras untuk dihidangkan di istana kerana ia dianggap kejam terhadap haiwan. Foie gras adalah makanan yang berasaskan hati angsa dan itik.

Foto – Pinterest

Untuk info kamu, sebelum angsa atau itik disembelih haiwan ini akan diberi makan dengan banyak dan dikurung dalam sangkar sempit. Tujuannya adalah untuk membuatkan hati menjadi lebih lemak.

Daging dan makanan laut mentah 

Akhir sekali keluarga diraja Britain sangat ‘diharamkan’ untuk makan daging mentah, makanan laut atau bercengkerang ketika lawatan diraja atau di istana.

Foto – Pinterest

Ini kerana makanan tersebut dapat menyebabkan keracunan makanan pada mereka yang makannya.

Jadi itulah lima jenis makanan yang sangat ‘haram’ untuk keluarga diraja Britain makan. Rasa rugi sangat tak boleh nikmatinya!

Tags: Keluarga Diraja Britainmakanan keluarga diraja Britainqueen elizabeth
Share9SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Betul Ke Kalau Makan Telur Ikan Boleh Jadi Bodoh?

by Sofie Azizlan
December 25, 2021
0

Bestnya kalau goreng telur ikan dan makan panas-panas. Rasa rangup dan sedap sangat! Kalau kamu nak tahu, dulu-dulu kebanyakan orang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.