“Malunya kena tegur sampai tak tahu nak sorok muka dekat mana!”
Pernah tak kamu alami situasi di atas apabila ada yang menegur bau badan dan ketiak kamu secara tiba-tiba?
Kalau pernah apa solusi kamu untuk hilangkan bau badan dan ketiak tersebut? Adakah kamu gunakan deodorant dan pewangi tapi masalah ini tidak dapat diselesaikan?
Kalau ya, entri ini khas untuk kamu! Jom baca di bawah kerana Team Wanista ada solusi terbaik untuk kamu.
Beli Je Produk Drugstore Yang Ini
Dikongsi oleh Reena Razak di Twitter bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan terutamanya ketiak, produk drugstore ini adalah penyelesaian terbaik.
“Korang yang ada masalah bau badan try ni! Dr. Mist korang boleh beli dekat Watsons. Mula-mula aku macam tak percaya boleh hilangkan bau. Sebab aku ni jenis salah guna deodorant je akan naik bau badan.”
IKLAN
Akuinya produk drugstore ini dapat menghilangkan bau badannya secara keseluruhan memandangkan bau badannya akan muncul sekiranya memakai produk yang tidak sesuai dan salah.
Selain boleh digunakan di bahagian ketiak, produk ini juga boleh digunakan pada bahagian kaki. Kongsi Reena, kamu hanya perlu sembur sahaja pada bahagian kaki kerana ia boleh hilangkan bau yang tidak menyenangkan.
Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif jangan risau kerana produk ini juga sesuai untuk dipakai oleh kamu. Pada masa yang sama disyorkan juga untuk pakai selepas mandi.
Untuk pengetahuan kamu Dr.Mist ini adalah produk untuk hilangkan bau badan dan ianya tahan lebih lama berbanding dengan deodorant lain. Malah ia juga menyelesakan dan beri kesegaran pada si pemakai.
[Produk Dr. Mist ini boleh didapati di Watsons pada harga RM 10.96/sebotol.]