Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Sangat Klasik! Baju Songket Pilihan Pengantin, Ini Yang Cantik & Elegan

by Soph.Azz
December 27, 2021
Foto - @rizmanruzaini (IG)

Foto - @rizmanruzaini (IG)

1.1k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah wujud bertahun lamanya tetapi songket tradisional sentiasa jadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang bergelar raja sehari.

Sepersalinan songket tradisional di hari bahagia boleh membuatkan pengantin nampak lebih berseri, eksklusif dan dapat tampilkan sisi kemelayuan yang klasik!

Bagi pengantin yang berkira-kira mahukan sepersalinan songket untuk majlis perkahwinan, cuba lihat beberapa inspirasi daripada artis di bawah;

Fazura & Fattah Amin 

Fazura dan Fattah telah memilih persalinan songket yang berwarna baby blue ketika majlis resepsi mereka. Fazura mengenakan baju kebaya moden yang diketap dengan corak emas.

Foto – Rotikaya

Ditambah pula dengan sanggul yang kemas, memang cantik!

Foto – Rotikaya

Elfira Loy & Faris Anuar 

Menggabungkan konsep tradisional dan moden, memang nampak cantik sangat sepersalinan songket Elfira dan suaminya. Dikenakan pula dengan aksesori sanggul lintang dan bunga tangan emas membuatkan busana pengantin Elfira lebih mewah dan eksklusif.

Foto – Gempak

Fasha Sanda & Aidil Aziz 

Direka oleh pereka terkenal iaitu Rizman Ruzaini, pasangan ini telah mengenakan sepersalinan songket yang berwarna kelabu yang ditekap dengan warna emas.

Foto – @rizmanruzaini (IG)

“Fasha Sandha menggayakan kurung moden kotemporaro lengkap dengan pelapik dada adaptasi dari busana tradisional negeri sembilan. Diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cucuk sanggul dikepala sebagai pelengkap gaya.” – Rizman Ruzaini.

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Mahu tampil berbeza daripada pengantin lain, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah mengenakan sepersalinan songket yang berwarna hitam.

IKLAN

Foto – @shanellharun (IG)

Direka oleh Shanell Harun, pereka ini telah mereka sepasang kebaya pesak gantung. Yang menariknya Zizi mengenakan kain songket untuk menutup kepala dan separuh badannya. Sangat lain daripada yang lain!

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Uqasha Senrose & Kamal Adli 

Untuk majlis akad nikah pasangan ini telah memilih untuk memakai persalinan songket berwarna biru yang direka oleh Rizman Ruzaini. Busana ini yang menariknya diinspirasikan daripada Che Siti Wan Kembang.

Foto – @rizmanruzaini (IG)

“Kami buatkan busana Che Siti Wan Kembang menjadi lebih moden. Kalau anda perasan, macam ada selendang tetapi kami telah drapekan pada gaun tersebut’, kongsi Rizman Ruzaini pada Gempak.

Puteri Aishah & Muhammad Firdaus 

Untuk busana pengantin ini, Puteri Aishah dan suaminya turut memilih pereka Rizman Ruzaini. Puteri Aishah telah mengenakan kebaya songket yang berwarna gangsa dengan berlatar belakangkan warna biru. Ditambahkan lagi dengan cucuk sanggul sebagai pelengkap gaya.

Foto – @rizmanruzaini (IG)

Boleh dikatakan setiap pasangan di atas mempunyai warna dan rekaan yang eksklusif serta berbeza. Memang cantik!

Tags: baju songket pengantinfesyen songket pengantinsongket pengantin
Share421SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Sangat Klasik! Baju Songket Pilihan Pengantin, Ini Yang Cantik & Elegan

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.