Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Betul Ke Kalau Makan Telur Ikan Boleh Jadi Bodoh?

by Soph.Azz
December 25, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

165
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bestnya kalau goreng telur ikan dan makan panas-panas. Rasa rangup dan sedap sangat!

Kalau kamu nak tahu, dulu-dulu kebanyakan orang tua tidak akan benarkan anak mereka makan telur ikan. Katanya boleh menjadi kurang pandai atau bahasa kasarnya bodoh.

Tapi betul ke kalau makan telur ikan boleh jadi bodoh? Jom baca perkongsian di bawah;

Serius Ke Boleh Jadi Bodoh? 

Makan telur ikan tak boleh jadikan seorang individu itu bodoh kerana telur ikan sama seperti daging ikan iaitu mengandungi nutrisi yang terbaik untuk kesihatan.

Foto – Pinterest

Bergantung pada jenis ikan, setiap telur mengandungi karbohidrat, protein dan Vitamin B-12 yang dapat menjaga metabolisme badan serta kesihatan jantung.

Malah mineral kolin dalam telur ikan berfungsi menyokong lemak sihat dan kolestrol dalam badan. Bagi sesetengah telur ikan ia boleh mengandungi magnesium dan selenium iaitu nutrisi yang penting untuk badan.

Kalau Makan, Apa Kebaikannya Pada Kesihatan?

Walaupun telur ikan bersaiz lebih kecil seperti bebola tetapi ia mempunyai banyak kebaikan pada kesihatan. Antaranya adalah;

  • Baik untuk otak 

Foto – Pinterest

Dalam telur ikan terdapat fatty acid EPA, DPA dan DHA yang terbukti sangat baik untuk kesihatan otak. Ketiga-tiga sebatian ini sangat penting kerana ia boleh membantu mencegah penurunan kognitif dan menggalakkan pembaikan dalam sel otak.

  • Kaya dengan Omega-3 

Mengandungi fatty acid omega-3, telur ikan boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Foto – Pinterest

Tekanan darah tinggi atau hypertension sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seorang individu itu mendapat penyakit jantung.

IKLAN

Tambahan pula kandungan nutrisi ini turut dapat mengurangkan risiko pembentukan plak dalam saluran darah dan keradangan dalam badan selain daripada menurunkan tekanan darah.

  • Bagus dalam menjaga kesihatan mata 

Untuk pengetahuan kamu, sebatian DHA dan EPA dalam telur ikan boleh membantu dalam perkembangan mata pada bayi dan menjaga fungsi retina anak mata pada kanak-kanak serta orang dewasa.

  • Mengandungi selenium dan Vitamin B-12 

Selenium merupakan kandungan antioksidan yang boleh menangkis radikal bebas dan memainkan peranan penting dalam sistem imun serta organ tiroid.

Foto – Pinterest

Manakala Vitamin B-12 pula penting untuk metabolisme, penghasilan tenaga dalam badan serta kesihatan saraf serta otak.

  • Sumber protein yang terbaik selepas daging ikan 

Bersaiz kecil tetapi telur ikan boleh menjadi salah satu alternatif sumber protein yang mengandungi sembilan amino acid yang lengkap untuk keperluan badan.

Jika ambil sebanyak 28g setiap hari, badan kamu akan menerima jumlah kandungan protein yang lebih kurang sama dengan sebiji telur.

Walaupun Sedap Tapi Ada Bahayanya…

Ya, telur ikan juga ada bahayanya yang ramai orang tak tahu. Info untuk kamu, telur ikan mempunyai kandungan sodium dan kolestrol yang tinggi kerana ia adalah makanan laut.

Foto – Pinterest

Seterusnya telur ikan juga mengandungi sebatian purin yang tinggi dan tidak digalakkan untuk pesakit gout makan Jadi kalau ada alahan terhadap telur ikan, lebih baik elakkan okay?

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: bahaya telur ikanmanfaat telur ikantelur ikantelur ikan punca bodoh
Share66SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

December 31, 2021
Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

December 30, 2021
“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

December 28, 2021
Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

December 27, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.