Kalau tanya sesiapa sahaja pun, setiap orang simpan impian nak berkahwin dan mempunyai keluarga bersama orang yang dia cintai.
Tapi ada sesetengah orang pula berhasrat tak mahu berkahwin dan berkomitmen gara-gara takut, gemuruh dan fobia. Untuk info kamu, individu begini biasanya digelar sebagai gamophobia.
Apa Itu Gamophobia?
Secara psikologinya, gamophobia adalah sejenis fobia yang membuatkan seorang individu takut nak berkomitmen secara serius seperti perkahwinan.
Berbeza dengan philophobia iaitu seseorang takut jatuh cinta, individu yang alami gamophobia tidak takut untuk ada hubungan cinta dengan orang lain.
Kenapa Gamophobia Boleh Berlaku?
Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang itu pernah alami trauma seperti perceraian ibu bapa. Atau melihat kegagalan orang terdekatnya dalam rumah tangga.
Malah kegagalan dalam percintaan juga boleh jadi puncanya. Jadi sebab itulah individu gamophobia ini kebanyakannya lebih selesa untuk bercinta tanpa terikat dengan sebarang komitmen seperti perkahwinan.
IKLAN
Simptom dan Cara Atasinya
Mereka yang alami gamophobia kebiasaannya akan menghadapi beberapa simptom seperti:
- GIF – Gifer
- Peningkatan kadar jantung atau berdebar dengan teruk.
- Berpeluh dengan banyak daripada kebiasaannya.
- Sukar untuk bernafas dan sakit dada.
- Pening atau loya.
- Muka menjadi merah dan panas.
(Penting!: Seorang individu boleh dikatakan mengalami gamophobia jika alami simptom di atas selama 6 bulan atau lebih sehingga memberi kesan pada kehidupan sehariannya.)
Sekiranya mahu mengatasi masalah gamophobia, seorang individu itu boleh atasinya dengan beberapa langkah berikut:
- Sedar dan akui ketakutan terhadap komitmen yang melibatkan perkahwinan.
- Jujur dengan pasangan tentang keadaan (fobia) yang kamu alami.
- Tidak perlu memaksa diri untuk berkahwin demi atasi masalah fobia ini.
- Dapatkan bantuan daripada ahli kesihatan mental yang profesional iaitu pakar psikiatri.
Semak balik sama ada kamu seorang gamophobia atau tidak. Jika simptomnya menjadi teruk pada kamu, segera dapatkan rawatan dan bantuan okay?