Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Soph.Azz
December 24, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

161
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak.

Nak elakkan daripada puting sakit dan melecet, team Wanista nak kongsi lima tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu di luar sana. Jom baca di bawah;

Tip 1: Urut Payudara Sebelum Menyusu 

Sebelum menyusukan anak, ibu perlu mengurut payudara terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan beberapa titik susu terlebih dahulu dan melembutkan areola.

Foto – Pinterest

Caranya mudah sahaja iaitu guna tapak tangan dan tekan di sekeliling payudara sehingga susu keluar.

Tip 2: Pastikan Kedudukan Mulut Anak Betul 

Kemudian semasa nak menyusukan anak, pastikan kedudukan mulutnya berada dalam posisi yang betul. Posisi yang tepat adalah sebahagian besar aerola dan puting berada dalam mulut anak.

Foto – Pinterest

Posisi ini juga akan mengurangkan risiko melecet pada bahagian puting si ibu.

Tip 3: Biar Mulut Anak Terbuka Luas Ketika Menyusu 

Ketika anak menyusu, si ibu perlu pastikan keadaan mulut anak terbuka dengan luas. Ini kerana bila anak membuka mulut dengan kecil, ia boleh menyebabkan puting melecet dan menjadi pedih ketika menyusu.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama cara ini sangat penting untuk memastikan proses penyusuan lebih lancar dan mudah supaya tidak menyakitkan si ibu.

Tip 4: Rutin Penyusuan Anak 

Info penting: Jika payudara penuh dengan susu, anak akan mengalami kesukaran untuk menghisap puting.

Ketika payudara penuh dengan susu, si anak akan mula melepaskan puting dan menghisapnya semula. Bila terjadinya situasi ini, si ibu berisiko untuk melecet pada bahagian putingnya kerana geseran gusi atau gigi pada puting.

Foto – Pinterest

Jadi sebab itulah si ibu perlu menyusukan anaknya dengan lebih kerap supanya susu tidak menjadi terlalu banyak sehingga menyebabkan si anak melecetkan puting.

Tip 5: Lepas Puting Dari Mulut Anak Guna Jari 

Paling penting sekali! Ketika anak beri tanda-tanda nak melepaskan puting dari mulutnya, si ibu perlu bantu dengan menggunakan jari.

Foto – Pinterest

Caranya adalah masukkan jari ke dalam mulut anak, dan buka sedikit mulutnya agar terbuka luas.

Kalau kamu nak tahu, cara ini sangat berkesan untuk hentikan hisapan sambil melepaskan puting secara serentak tanpa kesakitan.

Jadi itulah lima tips penting yang perlu si ibu tahu untuk elakkan puting daripada melecet ketika menyusukan anak. Selamat beramal!

FILED UNDER cara elak payudara melecetcara rawat puting melecetpunca puting melecettips elak puting melecet
Share64SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.