Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by Lisa AG
December 23, 2021
Foto - Mengaji Online

Foto - Mengaji Online

61
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara terhormat untuk dilupuskan mengikut syarak serta memelihara kesuciaanya.

Dipetik dari Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan ada beberapa cara pelupusan yang boleh dilakukan mengikut syariat Islam.

Rendam dalam air

“Dakwat Al-Quran yang digunakan tidak kekal. Jadi, apabila direndam dalam air, tulisan ayat Al-Quran itu boleh tanggal.

Kertas muka surat juga akan musnah secara semula jadi melalui kaedah ini.

Cara pembakaran

Pembakaran yang menjamin kehormatan Al-Quran agar tidak dicemari. Antaranya ialah tempat pembakaran itu tertutup dan abunya tidak diterbangkan oleh angin.

Foto – Mengaji Online

“Kemudian, cara sesetengah pihak membentuk abu Al-Quran menjadi kiub-kiub kecil dan dibawa ke laut untuk ditenggelamkan juga boleh dilaksanakannya.

IKLAN

Satu lagi kaedah yang banyak diamalkan pada hari ini adalah membakar helaian kalam suci tersebut.

“Sebelum dibakar, helaian Al-Quran dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu. Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut. Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut. Maka, tiada isu orang hendak terlangkah dan sebagainya,” jelas Datuk Mohamad Shukri Mohamad lebih lanjut.

Menurut pendakwah Ustaz Hadi Talhah, pelupusan Al-Quran wajib berpandukan syarak.

“Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Maka, sebab itu kalau ada Al-Quran yang sudah rosak atau koyak atau reput, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul. Ia bagi memastikan kalam suci itu tidak dibiar begitu sahaja atau dilangkah atau diletak di tempat yang tidak sepatutnya.

“Sebab itulah Al-quran dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya dibuang ke laut,” terangnya.

Semoga penjelasan di atas terang dan mudah difahami.

Tags: al-qurancara pelupusan al-qurankalam suci al-quran
Share24SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

January 5, 2022
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

January 3, 2022
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

December 29, 2021
Foto - Kosmo / Amanz
Info Menarik

“Kalau Tak Ada, KL Boleh Tenggelam & Jadi Pulau”- Ini Fungsi Terowong SMART Yang Ramai Tak Tahu

December 22, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.