Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Outlet Pertama Di Malaysia, 3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Cuba Pasadena Burger & Coffee

by Soph.Azz
December 23, 2021
Foto - Pasadena Burger & Coffee

Foto - Pasadena Burger & Coffee

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau sebelum ini kita hanya dengar Pasadena Burger menjual secara dalam talian, kini tidak lagi. Pencinta burger boleh dapatkan burger ikonik California ini dari kedai fizikalnya di Plaza Mont Kiara.

Pelancaran outlet pertama yang berkeluasan 1100 kaki ini menampilkan pelbagai jenis menu untuk pelanggannya di samping menggunakan konsep kafe hibrid.

Bagi yang tidak pernah mencuba menu dari Pasadena Burger & Coffee, Wanista kongsikan beberapa sebab kenapa kamu perlu cubanya dengan segera!

#1 Pelbagai jenis menu baru diperkenalkan

Dikenali dengan burger ikonik dari California, Pasadena Burger ini menampilkan burger yang dicelup dalam sos keju yang berasal dari Pasadena.

Foto – Pasadena Burger & Coffee

Yang menariknya pelanggan boleh memilih pelbagai jenis roti ala muffin baru untuk burger celup mereka.

Selain daripada itu terdapat beberapa jenis menu baru yang diperkenalkan untuk pelanggan Pasadena Burger & Coffee seperti:

Foto – Pasadena Burger & Coffee
  • Milkshake California 
  • Cappuccino 
  • Latte 
  • Long Black 
  • Burger Ayam Bakar
  • Kentang Keju Cajun
  • Kentang Goreng
  • Habanero Chili Queso 
  • Kentang Keju Madu

#2 Reka bentuk kafe sesuai untuk semua golongan 

Bagi menyediakan ruangan yang selesa dan menarik untuk pelanggan, pihak Pasadena Burger & Coffee telah menyatukan konsep kafe dan restoran.

Foto – Pasadena Burger & Coffee

Outlet ini juga memasukkan beberapa konsep bandar Pasadena iaitu suasana santai yang ruangnya dipenuhi dengan tanda-tanda tempat popular seperti California Institute of Technology (Caltech), Old Town Pasadena dan Colorado Boulevard.

IKLAN

Info menarik, outlet ini menyediakan stesen mengisi semula air percuma khas untuk para penunggang basikal dan pelari yang datang menjamu selera. Turut disediakan fasiliti kawasan parkir di sekitar kedai untuk pelanggan yang berbasikal.

#3 Pasadena Burger & Coffee kekalkan menu serta item kegemaran pelanggan 

Tidak mahu mengecewakan pelanggannya, outlet ini turut mengekalkan beberapa menu kegemaran pelanggan setianya. Antaranya adalah Burger Keju, Burger Celup dan Burger Ayam.

Foto – Pasadena Burger & Coffee

Pada masa yang sama, pihak Pasadena Burger & Coffee juga konsisten dalam menggunakan ramuan bermutu tinggi daging lembu premium Australia, keju cheddar dan roti ala muffin.

Foto – Pasadena Burger & Coffee

Dipadankan pula dengan tiga jenis sos celup iaitu keju madu, keju pedas cajun dan keju habanero California Selatan.

“Menu kami dicipta khas mengikut resipi sebenara Amerika, sehingga ada ekspatriat Amerika yang memuji bahawa burger kami menggamit memori tentang kampung halaman mereka,” kongsi Cornelius Lu, pengasas Pasadena Burger & Coffee.

Untuk maklumat lanjut, kamu boleh layari laman web rasmi Pasadena Burger & Coffee [TEKAN SINI] atau boleh kunjungi ke outlet pertamanya di Plaza Mont Kiara [TEKAN SINI].

Waktu operasi: 8 pagi – 10 malam (Setiap hari)

Waktu menu sarapan pagi: 8 pagi-11 pagi (Isnin-Jumaat) | 7 pagi-11pagi (Sabtu & Ahad)

Tags: pasadena burgerpasadena burger & coffeepasadena burger malaysia
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Outlet Pertama Di Malaysia, 3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Cuba Pasadena Burger & Coffee

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.