Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

“Kalau Tak Ada, KL Boleh Tenggelam & Jadi Pulau”- Ini Fungsi Terowong SMART Yang Ramai Tak Tahu

by Soph.Azz
December 22, 2021
Foto - Kosmo / Amanz

Foto - Kosmo / Amanz

98
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan terowong SMART”, kongsi Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri IR Dr Zaini Ujang pada Kosmo.

Banjir yang berlaku baru-baru ini membuatkan ramai mula menyalahkan ‘kewujudan’ terowong SMART. Ada yang mengatakan terowong ini telah gagal dalam membendung banjir dan sebagainya.

Tetapi adakah kamu tahu tanpa terowong SMART, Kuala Lumpur mempunyai risiko yang tinggi untuk tenggelam dan jadi pulau?

Jadi nak tahu apakah fungsi terowong SMART ketika musim banjir, jom baca perkongsian di bawah.

Terowong SMART ‘Penyelamat’ Kuala Lumpur 

Terowong SMART atau Stormwater Management And Road Tunnel dibina sepanjang 9.7 kilometer. Ianya dibina bermula dari Kampung Berembang, Ampang sehingga Taman Desa, Salak Selatan.

Foto – Kosmo

Dipetik dari CNN, terowong SMART telah diiktiraf sebagai salah satu terowong terbaik di dunia. Malah terowong ini juga dilengkapi dengan pengurusan banjir dan beberapa fungsi lain seperti:

#1 Terowong SMART mempunyai dua fungsi utama iaitu laluan untuk trafik dan menghalang banjir daripada memasuki bandaraya Kuala Lumpur. 

#2 Terowong SMART adalah terowong yang menggabungkan lebuh raya bawah tanah pertama dan dibahagikan kepada tiga tingkat iaitu; 

  • Tingkat paling atas digunakan untuk lalu lintas dari Sungai Besi menghala ke Jalan Imbi dan Tun Razak.
  • Tingkat tengah digunakan untuk kenderaan yang menghala ke Sungai Besi.
  • Tingkat paling bawah digunakan untuk aliran air pada Mod 2.

#3 Laluan lebuh raya dalam terowong ini hanya digunakan sejauh 4km. Selebihnya pula digunakan untuk melencongkan air banjir ke dua lokasi iaitu tasik di Kampung Berembang dan tasik di Taman Desa. 

Foto – MMC Gamuda
BACA:  Ini Yang Anda Boleh Sumbang, 4 Keperluan Wanita Perlukan Masa #DaruratBanjir

#4 Terowong SMART mempunyai 4 tahap mod operasi iaitu: 

  • Mod 1: Tiada air yang dilencongkan ke dalam terowong SMART ketika cuaca baik dan normal.
  • Mod 2: Air banjir dilencongkan melalui terowong dan akan menggunakan tingkat paling bawah. Aliran trafik masih dibenarkan.
  • Mod 3: Terowong ditutup dan tiada kenderaan dibenarkan. Pintu kedap air akan ditutup sehingga air banjir surut. Terowong akan diperiksa dan dibersihkan selepas air surut. Terowong boleh digunakan semula selepas 48 jam (2 hari).

#5 Syaf pengaliran udara dalam terowong digunakan untuk memperbaharui dan mengekalkan kualiti udara. 

Foto – Motoqar

#6 Terowong SMART dilengkapi dengan frekuensi telefon bimbit dan radio untuk mudahkan komunikasi. Manakala CCTV digunakan untuk memantau kelancaran trafik. 

#7 Kenderaan besar yang melebihi ketinggian 2 meter dan motorsikal tidak dibenarkan untuk menggunakan terowong SMART. 

Info menarik untuk kamu Mod 4 pernah digunakan sebanyak 7 kali sejak terowong SMART beroperasi pada tahun 2007.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

FILED UNDER #daruratbanjirfungsi terowong smartterowong smartterowong smart malaysia
Share39SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.