Sangat kreatif!
Siapa sangka stokin yang kamu pakai sekarang boleh gantikan curler dan elakkan rambut daripada kerosakan ketika keritingkan rambut?
Trik ini mula viral di TikTok apabila Justine Marjan berkongsi trik yang dilakukannya untuk dapatkan rambut keriting dalam masa semalaman sahaja.
Hasil selepas menggunakan stokin pada rambutnya itu memang cantik. Sudah macam pergi ke salon pula hasilnya. Nak tahu bagaimana wanita ini lakukannya, scroll sampai habis okay?
#1 Ambil penyembur rambut, tak kiralah volume spray atau texture spray. Sembur pada rambut yang separuh lembap.
#2 Bahagikan rambut ke beberapa bahagian dan ambil penyepit rambut. Kemudian klipkan pada stokin di atas rambut.
#3 Silangkan rambut dan stokin seperti kamu sedang lakukan braid. Ikat bahagian bawah dengan kemas menggunakan pengikat rambut.
IKLAN
#4 Ulang langkah #2 dan #3 di beberapa bahagian rambut yang sudah dibahagi. Biarkan rambut dan stokin semalaman.
#5 Keesokan pagi, buka semula ikatan rambut dan keluarkan stokin dari rambut. Sikat rambut gunakan jari dan siap!
Mudah dan pada masa yang sama kamu boleh elak rambut daripada rosak akibat penggunaan curler yang panas dan sebagainya. Selamat mencuba!
@justinemarjan never would have thought this would give me supermodel hair!!! 💁🏻♀️ #sockcurls #heatlesswaves #heatlesscurls #tiktokhairstylist #keepingbusy