Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bila Bangun Tidur Kenapa Muka Jadi Berminyak ‘Gila’?

by Soph.Azz
December 20, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

248
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah tak bila bangun je dari tidur pegang muka dah berminyak sangat?

Sebenarnya ada banyak faktor mempengaruhi wajah menjadi berminyak dan tak ramai yang alami situasi begini.

Bagi mereka yang sering alaminya, faktor dalaman sehinggalah genetik boleh jadi penyebabnya. Jadi berikut adalah beberapa punca kenapa wajah menjadi berminyak selepas bangun tidur.

  • Perubahan Hormon 

Perubahan hormon turut menjadi punca kenapa wajah berminyak selepas bangun tidur. Bila berlakunya keadaan ini, hormon akan merangsang kalenjar minyak dalam kulit untuk hasilkan lebih banyak minyak.

Foto – Pinterest

Penghasilkan minyak berlebihan ini boleh dipengaruhi oleh faktor perubahan hormon seperti tekanan, kitaran haid dan juga faktor lain iaitu cuaca lembap.

  • Suhu Bilik Tidur Terlalu Panas 

Kadang kala suhu bilik turut memainkan peranan. Suhu yang perfect untuk tidur yang nyenyak adalah 18°C sehingga 20°C.

Foto – Pinterest

Bila tidur dalam suhu bilik yang terlalu panas, ia akan pengaruhi keadaan kulit dan badan di mana kamu akan menjadi berpeluh. Bila badan mengeluarkan peluh, secara automatik wajah akan keluarkan minyak pada masa yang sama.

IKLAN

  • Pakai Skincare Yang Tak Sesuai 

Setiap seorang daripada kita akan memiliki jenis kulit yang berbeza. Bagi individu yang memiliki kulit berminyak, lebih baik kamu elak daripada memakai skincare yang mempunyai bahan hidrasi.

Foto – Pinterest

Ini kerana bahan tersebut sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit kering. Jadi sebab itulah bila pakai skincare yang salah, wajah kamu akan keluarkan minyak dengan banyak.

  • Tak Bersihkan Wajah Sebelum Tidur 

Bila balik kerja penat, memang rasa malas nak bersihkan wajah dan terus nak tidur. Kalau kamu pernah lakukan rutin berikut, cepat ubah.

Foto – Pinterest

Malas membersihkan wajah sebelum tidur tak kiralah cuci dengan air sahaja atau tidak, ia akan menyebabkan wajah menjadi lebih berminyak. Bukan itu sahaja, malas bersihkan wajah juga boleh timbulkan jerawat dan blackhead tau!

  • Rambut Tidak Dibersihkan Dengan Betul 

Yang terakhir faktor wajah berminyak selepas bangun tidur boleh terjadi disebabkan oleh rambut tidak dibersihkan dengan betul.

Foto – Pinterest

Kadang kala bila kamu gunakan conditioner dan tak bersihkan dengan betul, sisa-sisanya boleh melekat di wajah ketika tidur. Akibatnya muka menjadi minyak, berjerawat dan keradangan.

Kalau selama ini tertanya-tanya kenapa wajah jadi berminyak lepas bangun tidur, semak balik pernah tak kamu lakukan beberapa perkara di atas?

Tags: kenapa muka berminyakmuka berminyakmuka berminyak selepas bangun tidur
Share99SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bila Bangun Tidur Kenapa Muka Jadi Berminyak ‘Gila’?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.