Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

“Bukan Cinta Je”- Kenali Tanda Persahabatan Bertepuk Sebelah Tangan

by Soph.Azz
December 20, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

37
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jangan pula kamu terkejut ye. Selain daripada cinta, hubungan persahabatan juga boleh bertepuk sebelah tangan.

Mungkin kamu anggap si dia sebagai rakan rapat tetapi baginya kamu mungkin seorang kenalan biasa sahaja. Kebiasaannya tanda-tanda persahabatan begini adalah mereka akan cari bila perlu sahaja dan banyak lagi.

Jadi daripada kamu makan hati dan sedih di kemudian hari, kenali beberapa tanda dalam hubungan persahabatan yang tepuk sebelah tangan.

Tiada Sifat Empati

Sifat empati merupakan asas dan sangat penting untuk setiap orang termasuklah rakan kamu. Rakan yang baik akan menunjukkan empati terhadap kamu terutamanya ketika waktu yang sukar.

Foto – Pinterest

Jika kamu rasa rakan tidak pernah tunjukkannya, percayalah si dia sebenarnya tidak pernah ambil berat dan peduli tentang persahabatan kamu.

Hanya Si Dia Yang Penting 

Perasan tak bila berjumpa, kebiasaannya kita akan berkongsi tentang pendapat masing-masing bergantung pada topik.

Foto – Pinterest

Tapi bila miliki persahabatan tepuk sebelah tangan, rakan kamu akan lebih cenderung untuk bercakap tentangnya sahaja. Semua perkara hanya berkait dengan hidupnya. Bukan itu saja, malah si dia akan anggap dirinya lebih penting berbanding kamu.

Selalu Tiada Bila Dihubungi

Paling ketara! Bila sahaja kamu perlukan pertolongan atau dalam kesusahan dan mula hubungi rakan, mulalah dia tak free tanpa sebab. Atau tak pernah nak angkat dan balas kembali panggilan kamu.

Foto – Pinterest

Tanda ini boleh dikatakan sebagai persahabatan kamu sebenarnya tepuk sebelah tangan. Malah bila dia perlukan kamu, dia akan mencari tanpa segan silu dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tak Mahu Meluangkan Masa Bersama 

Sumpah seronok bila rancang mahu keluar dan luangkan masa dengan rakan baik. Tetapi bila kamu seorang sahaja yang berusaha untuk luangkan masa bersama, apakah maksudnya?

Foto – Pinterest
BACA:  Tanda Seseorang Masih Tak Maafkan Kamu Walau Mereka Kata Sebaliknya

Untuk pengetahuan kamu, setiap orang dalam persahabatan akan cuba mencari dan meluangkan masa dengan rakannya. Tapi bila kamu lihat rakan kamu tidak pernah mencari atau mahu luangkan masa bersama, lebih baik kamu tinggalkan persahabatan itu.

Tidak Tahu & Ingat Perkara Tentang Kamu 

Sama seperti keluarga, rakan yang rapat dan baik akan mengingati setiap perkara walaupun sekecil-kecilnya.

Foto – Pinterest

Tapi bila sudah bertepuk sebelah tangan, kamu kena bersedia untuk dilupakan dengan mudah. Ini kerana kamu dianggap tidak penting dan bermakna untuk si dia ingat.

Kalau kamu alami perkara ini maksudnya persahabatan kamu sebenarnya tidak sejati dan hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

FILED UNDER persahabatantanda persahabatan tepuk sebelah tangantepuk sebelah tangan
Share15SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.