Tidak ‘terjejas’ dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), BloomThis iaitu industri jualan bunga dan hadiah telah mengambil satu langkah yang berani.
Jenama ini mengembangkan operasinya ke sebuah gudang yang terletak di Petaling Jaya. Berkeluasan 40000 kaki persegi, gudang ini menempatkan ruang pengurusan, penyimpanan sehinggalah pejabat perniagaan.
“Dalam gudang ini juga, ada beberapa buah bilik sejuk bagi menyimpan bunga-bungaan, barangan bukan bunga seperti aiskrim, wain dan barangan usaha sama dengan jenama tempatan serta antarabangsa lain.” – Gidem Lin & Penny Choo, Pengasas Bersama BloomThis.
Perkhidmatan Yang Unik Oleh BloomThis
Bersempena dengan operasinya di gudang baharu, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan seperti;
- Hadiah Klasik: Jambak bunga popular dengan kotak panjang
- Hadiah Premium: Signature hat box dan kotak berbentuk hati
- Hadiah “Get Well Soon”: Bakul buah-buahan
- Hadiah Pembukaan Kedai: Grand opening flower stands
- Hadiah Untuk Ucapan Takziah: Bunga stand, kalungan bunga dan casket spray
- Set Parti: Mawar, belon dan pakej parti (termasuk bunga, kek dan banyak lagi hadiah)
- Hadiah Makanan Gourmet: Koleksi makanan dan minuman
Info menarik: BloomThis turut menyediakan dan menghantar kek artisan, pencuci mulut, hamper dan wain yang berkualiti atas permintaan pelanggan.
IKLAN
Untuk pengetahuan kamu selain daripada Kuala Lumpur, BloomThis turut mempunyai cawangan yang beroperasi di Selangor, Penang, Johor Bahru dan Singapura.
Macam Mana Pelanggan Nak Buat Pesanan?
Bagi pelanggan yang mahu membuat pesanan, kamu boleh layari laman web rasmi BloomThis dan ikuti langkah berikut:
- Langkah 1: Pilih produk
- Langkah 2: Tambahkan pada troli dan item tambahan (jika ada)
- Langkah 3: Pilih tarikh penghantaran
- Langkah 4: Masukkan butiran pengebilan dan penghantaran
- Langkah 5: Daftar keluar dan pelanggan boleh membuat pembayaran dengan segera
Manakala untuk pengesahan pesanan pula, e-mel akan dihantar bersama dengan nombor rujukan pesanan untuk memudahkan pelanggan menjejaki status pesanan mereka.
Ini Yang Paling Best, Pelanggan Wajib Tahu!
Sebelum pelanggan terlepas, ini antara perkara yang wajib kamu tahu sebelum membuat pesanan di BloomThis;
- Penghantaran disediakan di seluruh negara untuk barangan terpilih sahaja manakala gudang fizikal terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor Bahru dan Singapura.
- Penghantaran dilakukan pada hari yang sama untuk pembelian sebelum pukul 3:30 petang untuk kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Johor Bahru.
- Setiap pesanan pelanggan yang dibuat di laman web BloomThis akan disertakan penghantaran percuma 100% di Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru (surcaj tambahan dikenakan untuk lokasi yang jauh).
- Pelanggan boleh pilih ‘Express Delivery’ semasa checkout untuk dapatkan bunga yang diingini dihantar dalam masa 4 jam perniagaan seterusnya.
Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan satu bunga dan hadiah daripada BloomThis sekarang!