“Cantiknya kulit kau. Apa rahsia?”
“Ala Flavettes NutriSkincare je.! Bukan di luar saja nampak cantik berseri, tapi dalam juga jaminan sihat.
Itulah yang memberikan kelainan pada produk Flavettes NutriSkincare ini. Untuk pengetahuan semua, rangkaian Flavettes NutriSkincare tampil dengan Vitamin C berbentuk tablet memberi kebaikan pada kesihatan kecantikan setiap orang.
Menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out”, Flavettes NutriSkincare merupakan tablet mudah serap menekankan kepentingan pengambilan zat yang betul dalam rutin kecantikan holistik.
IKLAN
- Foto – Flavettes NutriSkincare
Melindungi Kulit Secara Keseluruhan
“Peminat produk kecantikan sudah tentu akan mengenali ramuan dalam rangkaian Flavettes NutriSkincare. Ia membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, cerah, berseri dan kelihatan muda.
“Rangkaian ini dibangunkan dengan penuh kerapian saintifik, seperti produk bertaraf farmaseutikal kami yang lain, dan menawarkan formulasi tiga tindakan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan,” ujar Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech Berhad.
- Foto – Flavettes NutriSkincare
Anda nak miliki vitamin C ini? Ia boleh didapati di cawangan Watsons dan farmasi lain di seluruh negara termasuk kedai dalam talian mereka.
Untuk info lebih lanjut, sila layari laman Facebook Flavettes Malaysia di sini.