Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Seriuslah, Diet Tembikai Boleh Hilang Perut Buncit Dalam Masa Seminggu?

by Soph.Azz
December 17, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

119
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau tak ada mood nak bersenam kempiskan perut buncit, tak mengapa. Kerana kamu boleh hilangkan perut buncit dengan melakukan diet buah tembikai.

Tipulah, takkanlah makan buah tembikai boleh hilang perut buncit?

Ye betul dengan mengamalkan diet tembikai, kamu boleh hilangkan perut buncit dalam masa seminggu.

Nak tahu bagaimana caranya, baca perkongsian di bawah;

Menu Diet Tembikai Untuk 5 Hari 

Nak lakukan diet tembikai ini sebenarnya ada banyak caranya. Tapi kalau tak tahu nak mula macam mana, cuba ikuti menu diet selama 5 hari yang dikongsi di Recipes Times Of India:

Foto – Pinterest

# Hari Pertama 

  • Sarapan: 2 biskut gandum, 1 hiris tembikai, 1 cawan teh atau kopi
  • Makan tengah hari: 100gm daging rebus tanpa lemak, 1 cawan tembikai
  • Makan malam: 60g keju cottage, 1 mangkuk tembikai

# Hari Kedua 

  • Sarapan: 1 potong tembikai, 1 biji epal atau sekeping roti gandum, 1 cawan teh atau kopi
  • Makan tengah hari: 100g ayam rebus tanpa kulit, 1 hiris tembikai
  • Makan malam: 100g ikan bakar, 1 keping roti gandum

# Hari Ketiga 

  • Sarapan: 1 hiris tembikai, 1 keping roti gandum bakar, 1 cawan susu skim
  • Makan tengah hari: 1 cawan sup kacang putih, 3 hiris tembikai
  • Makan malam: Salad sayur, 2 hiris tembikai
Foto – Pinterest

# Hari Keempat 

  • Sarapan: 2 hiris tembikai, 1 cawan teh hijau atau kopi, 1 biji telur
  • Makan tengah hari: 1 cawan sup brokoli atau ayam, 1 keping roti, 2 hiris tembikai
  • Makan malam: 3 biji kentang rebus

# Hari Kelima 

IKLAN

  • Sarapan: 3 hiris tembikai, 1 cawan kopi atau teh hijau, 1 biji pisang
  • Makan tengah hari: 150g daging rebus tanpa lemak, tembikai (kuantiti ikut keperluan)
  • Makan malam: 1 keping roti, 60g keju cottage

Apa Pula Kata Pakar Nutrisi Tentang Diet Tembikai? 

Dipetik daripada Healthline, Jessica Marcus iaitu pakar nutrisi mendedahkan kaedah diet tembikai ini hanya mengambil masa yang singkat.

“Bukan seperti diet lain, diet tembikai ini boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat dan terhad sahaja. Sebab itulah kamu boleh dapatkan perut kempis dengan cepat dalam masa seminggu sahaja.”

Foto – Pinterest

Jika kamu lakukannya untuk jangka masa yang panjang, ianya tidak berfungsi malah boleh memudaratkan.

Untuk pengetahuan kamu, diet tembikai ini lebih kepada fasa ‘pembersihan’ dalam badan kerana tembikai mengandungi lebih daripada 90% air.

Malah buah tembikai juga mengandungi kalori yang lebih rendah, membekalkan vitamin dan juga mineral pada badan.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, badan akan kekal terhidrasi dengan air daripada buah tersebut dan membuatkan kamu cepat berasa kenyang untuk sementara waktu.

PENTING!

Golongan kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit diabetes tidak disyorkan dan digalakkan untuk melakukan diet tembikai ini.

Apa-apa pun, ikut keperluan dan ketahanan diri masing-masing okay? Selamat beramal!

Tags: cara hilangkan perut buncitdiet perut buncitdiet tembikai
Share48SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Seriuslah, Diet Tembikai Boleh Hilang Perut Buncit Dalam Masa Seminggu?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.