Buka sahaja dompet, memang rama-rama yang terbang keluar. Memang sedih kalau muka makin naik jerawat tapi tak cukup bajet untuk merawatnya.
Jangan risau okay sebab ada caranya. Seperti yang dikongsi oleh seorang wanita di TikTok, caranya itu murah dan berkesan untuk dapatkan kulit bersih daripada jerawat.
Scroll sampai habis untuk ketahui lebih lanjut tentang rahsianya;
“Kakak Buat Macam Ni Je, Murah & Senang”
Dikenali sebagai Lyna, wanita ini akui dia tidak lagi menggunakan skincare termasuklah pencuci muka selepas mencuba tips ini. Dia telah menggantikan pencuci muka dengan sabun mandi sahaja.
“Kakak ambil sabun badan, sabun semua muka je dik. Kemudian Kakak pakai aloe vera ni, sapu seluruh muka.”
Pada awalnya Lyna akan mencuci wajahnya menggunakan sabun mandi. Kemudian untuk kekal melembapkan kulitnya, dia menggunakan aloe vera dan sapu di seluruh permukaan wajahnya.
Tidak lagi menggunakan pencuci muka, Lyna mendedahkan produk tersebut membuatkan kulitnya menjadi teruk dan dinaiki dengan jerawat. Kesan daripada itu dia mengambil inisiatif untuk mencuba tips ini.
IKLAN
Hasil daripada tips ini, kulitnya menjadi lebih bersih dari sebarang jerawat dan parut.
@lyna.amrose tag knpd awek korg muka yg jerawat bye #viral #tiktokviral #tiktoktrending #fyp
Penting: Tips ini tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.
Bagi yang mahu mencuba tips daripada Lyna, pastikan kamu selidik dan tahu apa jenis kulit serta tahu sama ada sesuai atau tidak untuk menggunakan aloe vera.
Selamat mencuba!