Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Soph.Azz
December 16, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

310
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas.”- Billie Eilish.

Menerusi rancangan “The Howard Stern Show“, penyanyi Billie Eilish mendedahkan dia mula menonton pornografi sejak usia 11 tahun.

Akuinya pendedahan tersebut telah memberi makna lain pada pemahamannya terhadap hubungan seksual yang sihat. Malah pornografi ganas juga telah ‘merosakkan’ otaknya.

Foto – Pinterest

“Sejujurnya saya pernah menonton banyak filem lucah. Saya mula menonton sejak usia 11 tahun lagi dan saya fikir itulah cara anda belajar cara melakukan hubungan seks. Ketika usia 14 tahun saya mula menonton pornografi ganas.”

Ketaksuban Billie terhadap pornografi telah membuatkan dirinya mengalami kesan buruk di mana dia mengalami ketakutan pada waktu malam dan sleep paralysis iaitu lumpuh ketika tidur.

Foto – Pinterest

Billie mendedahkan dia berasa kesal kerana apa yang ditunjukkan dalam pornografi, ramai yang masih sukakannya dan mahu melakukan apa yang ditonton oleh mereka.

“Saya masih dara. Saya tidak pernah melakukan apa-apa. Disebabkan oleh itulah ia membawa kepada masalah. Pada pertama kali ketika saya mahu melakukannya beberapa kali, saya tidak mengatakan tidak pada perkara yang tidak sepatutnya. Dan ini kerana saya fikir itulah yang sepatutnya saya tertarik.”

Manakala Brad Salzman iaitu pengasas kepada Pusat Ketagihan Seksual New York mendedahkan ramai kanak-kanak mula menonton pornografi ketika Billie mendedahkan kisahnya.

Foto – Pinterest

“Ibu bapa yang tidak memberi perhatian terhadap anak-anak yang terdedah pada pornografi boleh menjejaskan hidup anaknya. Pornografi akan mengubah persepsi cara berfikir mereka dan bagaimana mereka sepatutnya berinteraksi. Malah mereka akan mula melihat orang lain sebagai objek seks berbanding manusia.” – Brad Salzman.

RUJUKAN: 1, 2

BACA:  Billie Eilish Paling WOW Di #MetGala2021, Layak Jadi 'Best Dressed'
FILED UNDER billie eilishbillie eilish pornografikesan pornografi
Share124SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.