Untunglah rupa paras mirip pelakon tersohor Korea, Song Hye Kyo.
Shandy Aulia, pelakon Indonesia ini sering dipuji memiliki penampilan yang sedap mata memandang. Baru-baru ini, dia meraikan ulang tahun pernikahan bersama suami, penampilan ketika makan malam serba romantik menjadi perhatian. Dia nampak semakin cantik dan awet muda walaupun hanya mengenakan little black dress ringkas.
Berkongsi foto dengan peminat, ramai betul yang memuji kecantikan semula jadi wanita anak satu itu. Dalam banyak-banyak komen, ada yang menyamakan dia dengan pelakon Song Hye Kyo.
“Mirip song hye kyoo mba.”
IKLAN
“Ku kira song hye kyo. Trnyata kita punya song hye kyo versi Indonesia.”
Wanita 34 tahun itu dilihat langsung tak dimamah usia. Dirinya masih sama seperti saat dia membintangi film Eiffel I’m In Love 18 tahun lalu.
Apa rahsia ye mbak Shandy?