Team Wanista nak tanya, ada tak kamu bermimpi tentang bekas kekasih? Seberapa kerap kamu mimpikan si dia?
Walaupun sudah lama putuskan hubungan jika kamu masih mimpikan si dia, jangan pula risau okay kerana ia adalah normal.
Mimpi tentang bekas kekasih ini bukanlah tanda kamu perlu get back dengan si dia semula. Tetapi menurut pakar, ini maksud mimpi tersebut;
Kenapa Asyik Mimpi Tentang Si Dia?
Menurut penganalisis mimpi, Layne Dalfen mengatakan mimpi tersebut berkemungkinan besar bukan disebabkan oleh bekas kekasih kamu. Malah ia disebabkan oleh emosi yang terlibat dalam hubungan itu.
“Setiap mimpi bersifat metafora. Jadi ia bukanlah tentang bekas kekasih kamu sepenuhnya tetapi mimpi tersebut terjadi disebabkan oleh emosi yang terlibat”, ujarnya dalam Elite Daily.
Bagi Layne mimpi tersebut mungkin ada tujuannya tersendiri, dan antaranya adalah:
- Membantu kamu memahami kenapa hubungan tersebut berakhir.
- Membuat perbandingan di antara kehidupan lepas dan sekarang
- Perasaan terluka disebabkan oleh si dia curang atau hubungan toksik.
Kalau Mimpi Tak Bermaksud Kamu Perlu Get Back…
Team Wanista percaya ada sesetengah individu percaya bila mimpi si dia maksudnya ia adalah tanda mereka perlu get back semula. Jangan sesekali lakukannya, ia adalah salah!
IKLAN
Untuk pengetahuan kamu mimpi tentang bekas kekasih boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti ada perkara yang yang tergantung perlu diselesaikan dengan segera. Dan ada perkara yang kamu perlu pelajari dan perbaiki untuk hubungan akan datang.
Jadi jangan tergesa-gesa untuk get back dengan bekas kekasih jika ada mimpikan si dia okay? Fahami terlebih dahulu maksud mimpi tersebut.
Macam Mana Nak Berhenti Mimpikan Si Dia?
Sumpah frust ‘menonggeng’ bila asyik mimpikan bekas kekasih. Jangan risau okay, team Wanista ada caranya.
Pertama sekali kamu perlu kawal dan ubah minda kamu. Mimpi ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada apa yang kamu fikirkan. Bila kerap fikirkan tentang bekas kekasih, mulalah kamu akan kerap mimpikannya.
Jadi nasihat team Wanista, kamu perlu tapis semula pemikiran kamu. Caranya adalah buat jurnal dan tulis apa yang menganggu fikiran dan hidup kamu tentang bekas kekasih. Percayalah, kamu tidak akan lagi mimpi akan bekas kekasih.
Jangan frust dan kecewa lagi selepas ini, ikuti apa yang disyorkan oleh team Wanista okay? Good luck!