Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

“Bila Hujan Je Jadi Macam Ni”- 5 Penyakit Kulit Ini Terjadi Ketika Musim Hujan

by Soph.Azz
December 15, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

71
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau tiba musim hujan, sumpah best!

Bukan apa waktu inilah kamu boleh berada dalam keadaan yang sejuk, relax dan berselimut sambil-sambil ‘Netflix and chill’ bak kata orang.

Tetapi bagi sesetengah orang pula, musim hujan boleh jadi ‘malapetaka’ bagi mereka. Ini kerana cuaca lembap ini boleh mengakibatkan masalah kulit yang teruk.

Nak tahu apakah masalah kulit yang boleh dihadapi ketika musim hujan menjelma? Jom semak di bawah;

Kudis 

Foto – Pinterest

Kulat atau scabies adalah satu keadaan di mana masalah kulit terjadi disebabkan oleh parasit. Ianya tidak berbahaya dan boleh disembuhkan dengan ubat khusus tetapi kudis boleh merebak secara langsung menerusi sentuhan fizikal.

Ruam 

Bukan sahaja boleh jadi pada waktu panas ye, ruam juga boleh terjadi ketika musim hujan. Untuk pengetahuan kamu, bila musim hujan kelembapannya akan menjadi tinggi dan menyebabkan peluh tersumbat.

Foto – Pinterest

Bila peluh tersumbat dalam liang pori badan, kulit akan mula merengsa dan menjadi bentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan yang melampau.

Eczema 

Selain daripada faktor genetik dan alahan, eczema juga boleh berlaku disebabkan oleh musim hujan.

IKLAN

Foto – Pinterest

Info untuk kamu, kelembapan dan suhu semasa hari hujan boleh menyebabkan individu eczema mengalami kerengsaan yang teruk.

Dalam sesetengah situasi, eczema ketika hujan boleh menjadikan kulit kering, gatal dan bersisik. Jika teruk, kulit seseorang itu boleh menjadi bengkak dan sakit yang melampau.

Kutu Air 

Perasan tak bila kaki terendam lama dalam air, bahagian kaki terutamanya jari akan menjadi gatal-gatal dan merah? Kalau pernah alaminya, situasi itu terjadi disebabkan oleh kutu air.

Foto – Pinterest

Kutu air ini akan ‘muncul’ apabila kaki mengalami kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, pakai kasut yang basah atau kasut yang tertutup tanpa pengudaraan yang baik. Malah mandi terlalu lama dalam kolam renang pun boleh alami jangkitan kutu air.

Jangkitan Kulat 

Tak kira masa dan musim sekalipun, jangkitan kulat boleh sahaja berlaku. Tetapi semasa musim hujan, jangkitan kulat sangat mudah terjadi.

Foto – Pinterest

Ini kerana tahap kelembapan yang tinggi menjadi main point untuk pertumbuhan kulat di badan seperti kaki, paha, rambut dan bahagian ketiak.

Sebab itulah bila sahaja terkena air hujan atau percikan air kotor dari lopak semasa musim hujan, mak-mak akan suruh mandi bersihkan diri dengan segera. Ini kerana risiko penyakit kulit di atas untuk terjadi sangatlah tinggi.

RUJUKAN 

Tags: masalah kulit ketika hujanpenyakit ketika hujanpenyakit kulit ketika hujan
Share28SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Bila Hujan Je Jadi Macam Ni”- 5 Penyakit Kulit Ini Terjadi Ketika Musim Hujan

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.