Kamu jenis burung hantu? Berjaga malam dan tidur di siang hari. Kalau begitu pattern tidur kamu, maka silalah perbaiki kerana tidur lewat boleh membawa kepada penyakit yang membunuh.
Masa terbaik untuk tidur pada waktu malam ialah mengikut jangka masa yang disyorkan untuk kumpulan umur kamu. Yang dewasa sebaiknya 7 jam. Sebagai contoh, jika kamu perlu bangun pada pukul 6 pagi, kamu harus mempertimbangkan untuk masuk tidur jam 11 malam.
- Foto – Healthline
Apa yang berlaku pada orang yang suka tidur lewat?
Sistem imun lemah
Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.
Kencing manis atau diabetes
Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat menjadi lebih mudah mendapat penyakit diabetes.
IKLAN
Sakit kepala hingga kerosakan otak
Tidur lewat malam membuat tubuh tidak mendapatkan rehat yang cukup. Contoh, waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang tidur sebelum tengah malam akan merasakan keadaan tubuh fizikal yang lebih baik.
Sebaliknya yang tidur lewat malam membuatkan istirahat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itu tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika berterusan kamu tidur lewat malam, kerosakan otak boleh mengancam.
Kanser hati
Satu lagi penyakit bahaya akibat tidur lewat malam adalah kanser hati. National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur lewat malam merupakan penyebab utama kanser hati.
Jika itu pattern tidur yang kamu amalkan selama ini, cuba ubah secara perlahan-lahan.