Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenapa Tangan Saya Kerap Menggigil Tanpa Sebab, Normal Ke Tak Ye?

by Lisa AG
December 13, 2021
Foto - Healhtline

Foto - Healhtline

1.1k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Tangan saya sering menggigil tanpa sebab, walaupun saya tidak berdebar atau merisaukan sesuatu tapi masih menggigil. Kenapa agaknya? Keadaan ini betul-betul merisaukan saya?”

Dipetik dari Halo Doc, menurut James Bernheimer, pakar neurologi dari The Neurology Center, setiap tubuh manusia mempunyai getaran semula jadi pada setiap masa. Keadaan ini dikenali sebagai getaran fisiologi.

Sebagai contoh, jika anda melunjurkan kedua-dua tangan ke depan, tangan anda pasti akan bergetar sedikit. Jadi, jangan panik jika anda mengalami getaran di tangan anda. Getaran ini boleh menjadi lebih ketara dalam sesetengah situasi seperti:

Kadar gula darah rendah

Saraf dan otot anda dikuasakan oleh gula darah. Gula darah rendah boleh disebabkan oleh diabetes, ubat-ubatan tertentu, ketagih alkohol dan kafein atau tidak cukup makanan.

Foto – Klik Dokter

Gula darah rendah dalam badan boleh mengganggu fungsi otak. Keadaan ini menjadikan anda terdedah untuk mengalami getaran pada badan anda.

Kurang tidur

Kurang tidur boleh menyebabkan anda mengalami getaran dalam badan. Otak tidak berfungsi apabila anda tidak mendapat rehat yang cukup. Malah, badan akan menjana semula sel-sel baru apabila anda berehat.

Apabila anda kurang tidur, badan anda akan terus bekerja untuk memastikan anda terjaga dan aktif. Keadaan ini menjadikan jantung bekerja lebih kuat yang meningkatkan risiko badan bergetar lebih kuat.

IKLAN

Perubahan emosi seperti tekanan

Foto – Help Guide

Tangan menggigil boleh disebabkan oleh perubahan emosi yang agak kuat. Emosi yang dialami mencetuskan sistem taraf autonomi untuk mencetuskan getaran fisiologi dalam badan. Perasaan gementar, marah, tekanan dan keterujaan yang berlebihan mencetuskan getaran ini. Getaran akan hilang apabila emosi itu hilang.

Pengambilan ubat-ubatan

Tangan menggigil adalah kesan sampingan biasa bagi pelbagai jenis ubat preskripsi. Antara yang paling biasa ialah ubat untuk mood anda, sawan, migrain, neuropathy, dan asma. Sesetengah antihistamin menyebabkan masalah ini juga.

Parkinson

Paling ketara dengan keadaan ini ialah penyakit Parkinson. Getaran merupakan tanda awal penyakit Parkinson. Biasanya, Parkinson terjadi pada orang yang berusia di atas 65 tahun.

Tangan penderita Parkinson akan selalu bergetar meskipun dalam keadaan rehat. Tangan bergetar akan menjadi lebih ketara semasa tekanan atau emosi yang kuat.

Untuk pentahuan anda, kadang-kadang getaran tubuh yang kita rasakan merupakan isyarat daripada badan yang menunjukkan bahawa anda memerlukan rehat, makan, atau perlu mengurangkan kafein dan sebagainya.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: getaran badanpenyakit tanganshaky handtangan menggigil
Share422SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kenapa Tangan Saya Kerap Menggigil Tanpa Sebab, Normal Ke Tak Ye?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.