Beberapa hari lalu, penulis sempat membuat rawatan facial. Di kesempatan itu, dermatologi ada beritahu penulis rahsia artis Korea mendapatkan kulit flawless dan berkaca mereka kerana melakukan suntikan DNA Salmon.
Disebabkan itu kulit mereka kelihatan berkaca, dan tidak memerlukan solekan tebal. DNA Salmon memberikan complexion yang bersinar-sinar dan meremajakan kulit, idaman setiap wanita. Kalau nak tahu suntikan inilah rahsia awet muda Krisdayanti.
Sebelum anda nak mencuba suntikan DNA Salmon ini, beberapa perkara kena tahu.
- Foto – Orami
Seperti namanya, cecair yang disuntik ke dalam badan diperbuat daripada salmon. Suntikan itu mengandungi DNA salmon dan asid hyaluronik. Kebiasaannya, orang yang mendapatkan rawatan ini mengidamkan kesan glowing dan lembap pada wajah serta menegangkan kulit yang kendur akibat penuaan.
Dipetik dari Today, menurut Dr Tsu Boon Hsiung dari Klinik Estetik Perubatan DRx berkongsi rawatan anti-penuaan ini, yang pada masa ini merupakan salah satu rawatan keremajaan kulit paling popular di Korea.
IKLAN
Rawatan ini boleh digunakan pada dahi, kawasan kening, leher, bahagian tengah muka seperti garisan ketawa, kawasan pipi dan hidung, serta kawasan muka bawah seperti bibir dan dagu.
Siapa yang sesuai untuk suntikan DNA salmon?
Semua orang boleh melakukan suntikan ini. Terutamanya mereka yang mengalami kesan penuaan kulit dan kerosakan akibat matahari seperti tona kulit tidak sekata, kehilangan keanjalan dan parut jerawat. Ia juga manjadi pilihan utama untuk golongan dewasa muda sebagai rawatan pencegahan untuk melambatkan proses penuaan kulit.
Kesan sampingan selepas suntikan?
- Foto – Detik
Selepas prosedur, anda mungkin mengalami sedikit kesan suntikan pada kulit kawasan yang dirawat, dan mungkin lebam dan bengkak ringan selama beberapa hari. Tapi setiap orang mempunyai kesan sampingan yang berbeza-beza mengikut keadaan kulit sendiri.
Bila mula nampak perubahan?
Perubahan pada kulit seawal dua minggu selepas rawatan. Keputusan yang optimum biasanya dilihat pada enam hingga lapan minggu. Untuk penyelenggaraan, disyorkan untuk mengulangi sesi setiap empat hingga enam bulan.
Jadi, kalau tertarik berkunjung ke dermatologi yang profesional. Anda dapat kulit idaman!