Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

“Walaupun Saya Bukan Islam, Tapi Saya Rasa Bertanggungjawab Lakukan Kerja Kebajikan” – Dr Soo Wincci

by Lisa AG
December 10, 2021
Foto - NST

Foto - NST

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Walaupun saya bukan beragama Islam, tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk melakukan kerja kebajikan.”

Itu kata-kata Dr Soo Wincci selepas dilantik menjadi salah seorang Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

“Memang ada yang bertanya kepada saya, kenapa seorang yang telah bergelar ‘Miss Universe’ mahu menyertai Islamic Relief Malaysia dan melakukan kerja-kerja kabajian.

“Jawapan saya, tuhan sudah memberi pengalaman yang perit kepada saya dan saya dapat belajar macam-macam daripada ujian itu. Pengalaman itu juga telah mendorong saya untuk terlibat dalam kerja kebajikan dan bersama Islamic Relief Malaysia.

Foto – Islamic Relief Malaysia

Untuk pengetahuan kamu, Dr Soo Wincci merupakan salah seorang Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia yang sangat komited untuk terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan.

Walaupun berada jauh di Sepanyol melanjutkan pengajian, Dr Soo Wincci tetap berusaha meluangkan masa untuk hadir dalam sesi perkongsian yang dijalankan.

Beliau turut menambah, setiap agama pastinya menggalakkan kita berbuat kebaikan dan berkasih sayang. Peperangan dan keganasan bukan jalan penyelesaian tepat bagi sesuatu masalah.

“Dalam usaha untuk memastikan tiada lagi golongan yang tertindas atau terpinggir, kita perlu sama-sama membantu tanpa mengira kaum, agama atau apa sahaja bentuk perbezaan. Kita boleh menghulurkan bantuan mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing.

“Berkongsi mesej positif juga dikira sebagai tanda sokongan kita dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan,” kata Dr Soo Wincci.

FILED UNDER dr soo wincciikon kemanusiaanislamic relief malaysia
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.