Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Pasangan Kamu Mungkin Seorang Obsesif & Suka Control Bila Tunjuk Tanda Ini

by Soph.Azz
December 9, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

64
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah dengar tentang hubungan toksik?

Hubungan toksik ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Dan antaranya adalah memiliki pasangan yang kaki control dan obsesif.

Sebenarnya tak ramai yang sedar mereka berada dalam hubungan toksik. Jadi nak tahu sama ada kamu berada dalam golongan tersebut atau tidak, semak beberapa tanda untuk tahu adakah si dia pasangan obsesif dan suka control.

#1 Langsung tidak mahu berkompromi 

Berkompromi dalam hubungan adalah sangat penting! Tetapi macam mana kalau pasangan kamu langsung tidak mahu berkompromi? Malah lebih mahu utamakan diri sendiri tanpa hiraukan kamu?

Foto – Pinterest

Bila tidak mahu berkompromi, pasangan kamu juga boleh membuat keputusan tanpa perlu berbincang dengan kamu. Kalau kamu pernah alaminya, maksudnya si dia adalah seorang yang suka control!

#2 Suka tetapkan peraturan dan melanggarnya 

Yang keduanya adalah pasangan jenis ini akan suka menetapkan peraturannya sendiri dalam hubungan. Kebanyakan peraturannya tidak masuk akal dan merumitkan.

Foto – Pinterest

Jika sekiranya kamu melanggar peraturannya, dia akan menjadi marah. Tetapi jika dia yang melanggarnya, ia seolah-olah tiada apa yang berlaku.

#3 Tidak hormat dan mencerobohi privasi pasangan 

Kemudian pasangan yang obsesif dan suka control akan mula tidak menghormati kamu serta mencerobohi privasi.

Foto – Pinterest

Sebagai contoh si dia akan mula check dengan siapa kamu bercakap, bermesej, berjumpa dan sebagainya. Dan ada kalanya, si dia akan membuka media sosial kamu secara rahsia.

#4 Paksa pasangan menjadi seperti apa yang diingini

Sikap obsesif dan control akan lebih nampak apabila si dia akan memaksa kamu untuk menjadi seperti apa yang dia mahu.

Foto – Pinterest
BACA:  Belajar Dari Kisah Lesti Kejora-Rizky Billar, Ini Ciri-Ciri Hubungan Yang Abusive & Toksik

Dia akan mula meminta kamu untuk menukar pelbagai perkara, bermula dari gaya pakaian, percakapan berjalan dan sebagainya.

Tujuannya melakukan seperti itu adalah untuk kamu menjadi seperti apa yang diingini olehnya. Jangan terkejut ye kalau nanti dia mengatakan semua ini untuk kebaikan kamu sendiri.

#5 Selalu rasa diri betul dan letakkan kesalahan pada pasangan 

Bagi pasangan yang mahu menyelesaikan masalah dengan baik, si dia akan secara terbuka menerima pendapat tentang segala-galanya.

Foto – Pinterest

Sebaliknya jika si dia seorang yang agresif, menyalahkan kamu dan rasa dirinya betul itu adalah tanda bahaya!

Ini kerana jika berlakunya pergaduhan, kesemua kesalahan yang terjadi akan diletakkan pada kamu dan selalu merasakan dirinya betul dalam semua hal.

#6 Halang daripada meluangkan masa bersama keluarga atau rakan 

Paling ketara! Pasangan yang obsesif dan suka control akan cuba untuk mengehadkan atau menghalang pergerakan kamu. Tidak kiralah mahu berjumpa dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.

Foto – Pinterest

Bila si dia mempunyai sikap begini, maksudnya dia selalu berasa curiga dan fikir kamu akan curang dengannya.

Semak semua tanda-tanda ini pada pasangan kamu. Kalau ada, lebih baik kamu tamatkan hubungan toksik tersebut sebelum melarat.

FILED UNDER hubungan toksiktanda pasangan obsesiftanda pasangan suka control
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.