Kalau sudah cantik pakai apa pun tetap nampak cantik. Lebih-lebih lagi bila pakai baju tradisional terutamanya kebaya.
Seperti DYMM Tengku Permaisuri Norashikin apabila mengenakan persalinan kebaya. Kebayanya itu pula ditelepuk dengan emas dan corak bunga tanjong.
Memang klasik dan elegan sangat!
Kebaya Klasik Ditelepuk Dengan Emas & Bunga Tanjong
Di Instagram Selangor Royal Official, Permaisuri Norashikin dilihat memakai persalinan kebaya Negeri Selangor yang menggunakan fabrik tenun Pahang Diraja.
Fabrik tersebut dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kebaya ini pula direka khas oleh pereka fesyen tempatan, Datuk Radzuan Radziwill yang menelepuk dengan emas dan corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan yang berada di bahagian bawah baju serta kain.
IKLAN
Untuk info kamu, corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan adalah simbolik kepada sembilan daerah dan jajahan dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.
Keunikan Di Sebalik Kebaya Permaisuri Selangor
Fakta untuk kamu, seni tradisional menghias kain Telepuk ini dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.
Seni ini melibatkan proses menekap motif yang menggunakan cop ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun benang halus. Kemudiannya ia dilekapkan dengan kertas emas atau perada iaitu serbuk emas atau perak.
Berdasarkan sejarah, seni Telepuk dan tata hias emas ini dimiliki dan dipelihara oleh pihak istana dan golongan bangsawan di negara China, Indonesia, Jepun dan India.
Memang cantik sangat, terserlah keayuan Permaisuri Norashikin!