Nampaknya penampilan Nia Ramadhani ketika perbicaraan pertama skandal penyalahgunaan dadah bersama suaminya, Ardi Bakrie mencuri tumpuan netizen.
Setelah lama tidak kelihatan, Nia hadir dengan gaya rambut baru. Rambut panjangnya dipotong pendek separa dan fringe di depan, Nia nampak lebih segar dengan penampilan baru itu. Malah, sepanjang perbicaraan kedua pasangan dilihat dalam keadaan yang ceria walaupun bakal berdepan dengan hukuman.
- Foto – Detik.com
Menurut Kosmo, pasangan ini telah diperintahkan menjalani rehabilitasi selama tiga bulan dan berdepan hukuman penjara selama empat tahun.
IKLAN
- Foto – Detik.com
Bukan itu sahaja, sidang yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi waktu tempatan itu terpaksa ditunda kepada pukul 12.32 tengah hari selepas pasangan itu tiba di mahkamah pada pukul 11.50 pagi.
- Foto – Detik.com
Terdahulu Nia ditangkap di kediaman di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 7 Julai. Polis telah menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah.