Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Bukan Hanya Sakit Jantung, Tapi Ini Penyebab Dada Kiri Boleh Sakit

by Soph.Azz
December 8, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

64
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah tak secara tiba-tiba dada kiri rasa sakit sangat, umpama orang tengah cucuk dengan jarum? Kalau pernah rasa sebegitu, penting untuk kamu tahu ada beberapa sebab masalah kesihatan kenapa dada kiri boleh sakit.

Selain masalah sakit jantung, berikut adalah penyebab kenapa kamu boleh rasa sakit pada bahagian dada kiri:

Angina 

Angina atau sakit dada terjadi disebabkan oleh penyempitan pada arteri hingga ke jantung. Keadaan ini mengakibatkan aliran darah tidak dapat mengalir dengan normal.

Foto – Pinterest

Bila terjadinya angina ini antara gejala yang boleh dirasai adalah;

  • Sakit dada kiri menjalar sehingga ke lengan kiri, leher, rahang dan belakang badan.
  • Susah nak bernafas dengan normal.
  • Rasa loya yang melampau.
  • Sakit di bahagian dada atau bawah perut seperti senak.
  • Badan menjadi lebih letih.

Tekanan diri 

Gangguan mental seperti gangguan psikosomatik dan tekanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan rasa sesak di dada.

Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk apabila kamu amalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok atau mengambil minuman alkohol secara berlebihan.

Serangan jantung 

Kebiasaannya sakit dada kiri sering dikaitkan dengan serangan jantung. Untuk pengetahuan kamu serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke otot tersumbat secara tiba-tiba.

IKLAN

Foto – Pinterest

Ketika ini kamu akan merasai gejala seperti:

  • Sakit dada kiri sehingga ke lengan kiri, rahang, leher, belakang dan perut.
  • Pening dan berpeluh sejuk.
  • Susah nak bernafas.
  • Loya atau muntah.
  • Alami perasaan kebimbangan yang teruk seperti serangan panik.
  • Batuk atau semput.

Masalah paru-paru 

Masalah paru-paru seperti pneumonia dan pleuritis boleh menjadi punca kenapa dada kiri menjadi sakit. Pada masa yang sama, simtom yang boleh berlaku adalah dada kiri sakit ketika bernafas dan disertai dengan batuk atau tercungap-cungap.

Gangguan pada saluran penghadaman 

Akhir sekali sakit dada kiri boleh terjadi kerana gangguan saluran penghadaman seperti pengumpulan gas dalam usus dan GERD iaitu penyakit refluks gastro-esophageal.

Foto – Pinterest

Pengumpulan gas dalam usus boleh berikan tekanan pada usus dan menyebabkan dada menjadi sakit, kembung perut, kentut dan sendawa.

Manakala GERD pula akan menyebabkan rasa sakit pada dada kiri atau rasa terbakar di dada yang bermula di belakang tulang dada hingga leher dan tekak.

Ada keadaan sakit dada kiri ini tidak perlukan rawatan kecemasan. Tetapi jika keadaan menjadi lebih teruk, cepat-cepat pergi ke hospital okay?

RUJUKAN: 1, 2

Tags: dada kiri sakitkenapa dada kiri sakitpunca dada kiri sakitsebab dada kiri sakit
Share26SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Soph.Azz
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by Lisa AG
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Soph.Azz
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by Lisa AG
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.