Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Beli Biskut Mentega Hong Kong Yang Popular Di Jenny Bakery, Serius Sedap & Cair Dalam Mulut!

by Soph.Azz
December 8, 2021
Foto - Jenny Bakery

Foto - Jenny Bakery

28
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menyambut Hari Krismas. Kamu sudah beli manisan atau hadiah untuk menyambut perayaan tersebut?

Kalau belum apa kata kamu beli biskut mentega yang popular di Hong Kong. Di mana bungkusannya adalah tin biskut teddy bear yang comel.

Tapi sebelum itu tak perlu pula kamu pergi ke Hong Kong semata-mata untuk beli biskut mentega tersebut. Ini kerana kamu boleh membelinya di Jenny Bakery, Bangsar Shopping Centre.

Bestnya! Ada Banyak Jenis Biskut Di Jenny Bakery

Info untuk kamu biskut di Jenny Bakery ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Biskutnya yang berbentuk bunga akan dibungkus dalam tin kedap udara yang mempunyai gambar teddy bear.

Foto – Jenny Bakery

Jika kamu mengunjungi Jenny Bakery di Bangsar Shopping Centre, kedai tersebut dihiasi dengan hiasan kontemporari berwarna putih dengan teddy bear yang comel-comel.

Manakala biskutnya pula, kamu boleh dapatkan pelbagai jenis biskut mengikut selera kamu. Antara biskut yang dijual adalah:

IKLAN

  • Pure Butter Flower Cookies
  • Aroma Coffee Flower Cookies
  • Pure Chocolate Flower Cookies
  • Shortbread
  • Raisin Oat
  • Mix Nut Cookies
  • Macadamia Cococa Crisp
  • Cranberries & Macadamia Chewy Nougat Candy
  • Exotic Pine Nut Coffee Crisp
  • Crazy Almond Flakes
  • Walnut & Dates Chewy Nougat Candy
  • Mocha & Tea Cookies

Siap Keluarkan Set Krismas Edisi Terhad!

Bersempena dengan perayaan Hari Krismas, kamu boleh mendapatkan set Krismas edisi terhad. Set ini mempunyai gambar sepasang beruang yang menghias pokok Krimas pada tin biskut.

Foto – Jenny Bakery

Nak dapatkan tin biskut set Krismas edisi terhad ini, kamu perlu membeli mana-mana signature, klasik atau edisi khas biskut di Jenny Bakery.

Biskut di Jenny Bakery dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet, bahan bebas GMO, tiada daging khinzir dan tanpa lemak khinzir.

Foto – Jenny Bakery

Harga bagi setiap biskut di Jenny Bakery dijual dari harga antara RM48 sehingga RM179 bergantung pada berat dan jenisnya. Malah kamu juga boleh dapatkan diskaun sehingga 25% di Jenny Bakery, Bangsar Shopping Centre.

Happy shopping!

Tags: aunty jenny hong kongbiskut mentega hong kongjenny bakery
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Beli Biskut Mentega Hong Kong Yang Popular Di Jenny Bakery, Serius Sedap & Cair Dalam Mulut!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.