Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

“Ada Lagi Ke Yang Guna VSL?” – Ahli Farmasi Dedah 2 Produk Ini Paling Berbahaya

by Soph.Azz
December 8, 2021
Foto - @fatina2711 (TikTok) / Carousell

Foto - @fatina2711 (TikTok) / Carousell

4.3k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Calit-calit, sapu-sapu dah cantik!”

Kamu pernah guna atau nampak orang terdekat dengan kamu menggunakan produk lokal VSL?

Untuk pengetahuan kamu produk lokal ini sudah berada dalam senarai yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala di TikTok pula seorang ahli farmasi, @fatina2711 berkongsi dua produk daripada jenama ini sangat berbahaya untuk digunakan di wajah.

KKM Haramkan 2 Produk VSL Ini

Menerusi video yang dikongsinya, ahli farmasi ini mendedahkan dua produk ini sebenarnya sudah mendapat kelulusan daripada KKM. Tetapi tak lama selepas itu, kelulusannya ditarik semula.

Antara produk VSL yang diharamkan oleh KKM adalah VSL Beauty Care Toner A dan VSL Beauty Care Toner B.

Foto – Carousell

Kedua-dua produk ini didakwa mengandungi racun berjadual yang sangat berbahaya iaitu Hydroquinone.

IKLAN

Info penting:

  1. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit dan kulit hipersensitif.
  2. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi, menipiskan skin barrier dan meningkatkan risiko kanser kulit.
  3. Untuk jangka masa yang panjang, kulit boleh menjadi tompok hitam (exogenous ochronosis) dan kesannya boleh berkekalan serta sukar dirawat.
@tinaaziz86

Reply to @zainera_1211 vsl bahaya tak?#pharmacist #fyp #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar

♬ original sound – fatina2711 – fatina2711

Walaupun sudah diharamkan oleh KKM, jangan terkejut ye kerana masih ada lagi individu yang menjual dan membeli produk daripada jenama lokal VSL.

Tak dinafikan boleh nampak kesan dalam jangka masa pendek walaupun pakai dalam masa dua ke tiga hari. Tetapi kesan jangka masa panjangnya boleh mendatangkan kesan yang berbahaya dan rasa menyesal.

Apa-apa pun sebelum beli produk kecantikan, pastikan terlebih dahulu ianya selamat untuk digunakan okay?

Tags: bahaya produk vslbahaya toner vslproduk lokal vsl
Share1701SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Ada Lagi Ke Yang Guna VSL?” – Ahli Farmasi Dedah 2 Produk Ini Paling Berbahaya

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.