Berendam dalam bathtub selepas pulang dari kerja memang best!
Nak lagi best gunalah bath bomb. Bukan sahaja air bertukar warna dan melembutkan kulit, malah bath bomb mempunyai aroma yang membuatkan kamu seperti berada di spa.
Kalau berkira-kira nak beli bath bomb, Wanista syorkan lima jenama ini. Wangi dan tak menyesal langsung kalau beli!
Lush Deep Dream Bath Bomb [BELI]
Bath bomb jenama ini diperbuat daripada lavender, chamomile dan neroli yang dibalut dalam kain muslin. Letakkan dalam air yang suam untuk buatkan kamu boleh tidur dengan lena selepas itu.
Herbivore Botanical Calm: Ylang Ylang + Vanilla Dead Sea Soaking Salts [BELI]
Manakala jenama bath bomb ini pula dirumus untuk menyahtoksik badan dan menenangkan minda.
Bau Eucalyptus yng bercampur dengan ylang ylang, vanila, bau bunga dan garam akan buatkan kamu seperti berada seketika di spa.
Tilley Tropical Scented Bath Bomb Trio [BELI]
Nak rasa seperti bercuti di Hawaii di mana tenang di tepi pantai melihat air laut? Cuba beli bath bomb dari Tilley, confirm tak menyesal.
IKLAN
Didatangi dengan tiga bau, kamu boleh pilih sama ada Coconut & Lime, Mango Delight atau Pink Lychee mengikut mood.
Wunderbath Magical Disco Light Bath Bomb [BELI]
Bath bomb dari jenama tempatan ini sangat sesuai untuk digunakan pada kanak-kanak.
Bebas dari alkohol dan diwarnai dengan Micas dan Oxides iaitu mineral semula jadi, bath bomb ni dapat membantu sekatakan tona kulit dan memutihkan kuku yang kekuningan.
Westlab Sleep Bathing Salts [BELI]
Westlab Sleep Bathing Salts ini dihasilkan secara semula jadi dan vegan. Malah wangian lavender, jasmin dan valerian membantu untuk merehatkan badan, minda dan menyelesaikan masalah susah tidur.
Kelima-lima jenama bath bomb ini sangat disyorkan untuk kamu yang memerlukan me-time atau merehatkan diri selepas penat bekerja.
Jadi beli sebelum habis okay?