Selain pemilihan pakaian, aksesori dan gaya berfesyen, ada lagi satu rahsia yang wanita bertubuh genit perlu tahu jika mahu nampak tinggi.
Rahsianya adalah potongan rambut yang sesuai untuk si kecil molek bagi menampakkan mereka tinggi tanpa perlu try hard.
Berikut team Wanista syorkan si kecil molek di luar sana untuk cuba tiga gaya rambut ini. Confirm bila cuba salah satu gaya ini, pasti akan ada yang puji kamu nampak semakin tinggi!
Potongan Pixie
Bagi si kecil molek yang memilih potongan Pixie ini, mereka tetap boleh mengekalkan gaya feminin walaupun berambut pendek.
Dengan potongan ini bentuk wajah akan lebih terdedah di mana tulang rahang dan leher akan menambahkan ilusi bahawa badan kamu sebenarnya tinggi dan langsing.
Info penting: Jika miliki badan yang terlampau kurus, potongan rambut ini akan buatkan penampilan kamu nampak lebih kurus dan kusam.
Potongan Bob Paras Bahu
Menjadi pilihan ramai wanita yang bertubuh genit, potongan Bob paras bahu ini membuatkan struktur badan nampak lebih seimbang.
IKLAN
Menyerlahkan lagi bahagian atas badan, potongan rambut ini akan membuatkan penampilan kamu nampak lebih segar dan berikan ilusi pada ketinggian.
Pada masa yang sama, potongan ini juga sesuai untuk sebarang majlis tak kiralah formal atau tidak serta kehidupan seharian.
Potongan Bob Pendek Dengan Bangs
Selain nampak lebih comel, potongan rambut ini akan menyerlahkan leher kamu dan menampakkan bentuk badan lebih tinggi.
Info penting: Jika memiliki bangs yang menutup keseluruhan dahi dan tebal, ia akan buatkan wajah kamu nampak lebih kecil dari sebenarnya.
Jadi selarikan bangs dengan bentuk wajah kamu okay? Bagi yang memiliki dahi luas, cuba tebalkan bangs untuk menutup dahi. Manakala yang memiliki dahi yang normal dan kecil, potongkan bangs kamu secara nipis dan jarak-jarak.
Di antara ketiga-tiga jenis gaya rambut di atas, mana satu pilihan kamu untuk nampak lebih tinggi dengan segera?