Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Ubat Sirap Demam Boleh Tahan Berapa Lama, Kalau Simpan Dalam Peti Ais?

by Lisa AG
December 7, 2021
Foto - iStock

Foto - iStock

484
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak tanya, kalau beri anak-anak yang masih kecil ubat sirap demam, ubat yang lebih anda letak mana? Simpan peti ais atau dekat tempat kering? Kalau disimpan dalam peti ais pula boleh lama boleh tahan?

Ini yang nak Wanista kupaskan…

Menurut ahli farmasi Salinda Sopian, ubat sirap paracetamol atau ubat demam dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Hal ini kerana ia hanya untuk keguaan sekali untuk seorang pesakit.

Foto – Farmasi Pantai Hillpark

Sebagai contoh, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari. Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan.

Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1 ke 2 bulan daripada tarikh ia dibuka.

IKLAN

Kalau hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpan di tempat kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.

Masuk Bakteria & Kulat

Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.

Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam. Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.

Foto – Mingguan Wanita

Kesimpulannya, tak perlu simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan, apatah lagi bertahun-tahun lamanya.

Nota kaki – Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.

Tags: peti sejukubat kanak-kanakubat sirap demam
Share194SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ubat Sirap Demam Boleh Tahan Berapa Lama, Kalau Simpan Dalam Peti Ais?

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.