Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Menarik! 5 Pasangan Bollywood Ini Kahwin Berlainan Agama

by Soph.Azz
December 7, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

64
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak mudah sebenarnya nak berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama. Sudahlah berbeza fahaman agama, hubungan tersebut pasti ditentang oleh banyak pihak.

Tetapi kalau sudah wujud rasa cinta dan sayang, mesti ada yang sanggup tempuhi cabaran untuk hidup bahagia bersama yang tersayang.

Demi kebahagian dalam kehidupan, lima pasangan Bollywood ini juga tidak terlepas daripada berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama.

Sanjay Dutt + Dinawaz Sheikh 

Menjadi kegilaan ramai peminat filem Hindustan, aktor Sanjay Dutt dan Dinawaz Sheikh pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu.

Foto – Hindustan Times

Pasangan ini telah berkahwin walaupun memiliki perbezaan agama. Bukan itu sahaja ujar pasangan ini, perbezaan usia sebanyak 19 tahun juga tidak menjadi penghalang untuk mereka berkahwin.

Kunal Khemu + Soha Ali Khan 

Cinta menjadi satu-satunya ‘agama’ dalam Pataudi iaitu kebanyakan ahli keluarga dinasti ini telah berkahwin dengan pasangan lain agama.

Foto – Pinterest

Sama seperti yang lain, Soha Ali Khan turut ambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kunal Khemu. Pasangan ini bertemu pertama kali ketika pengambaraan “Dhoondthe Reh Jaoge” pada 2009 dan berkahwin pada Januari 2014.

Menurut khabar angin Soha dan Kunal pernah tinggal serumah sebelum berkahwin.

IKLAN

Saif Ali Khan + Kareena Kapoor 

Beragama Islam, Saif Ali Khan telah mengahwini aktres Kareena Kapoor yang merupakan penganut agama Kristian. Perkahwinan mereka dijalankan mengikut agama Kristian di gereja.

Foto – Pinterest

Saif pernah mengaku dia tidak serasi dengan agama Islam dan memilih untuk hidup dengan cara agostik dan tidak percaya kewujudan alam barzakh.

Shah Rukh Khan + Gauri Khan 

Shah Rukh Khan seorang penganut agama Islam telah berkahwin dengan wanita Hindu, Gauri pada tahun 1991. Sebelum berkahwin, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Shah Rukh Khan seperti:

Foto – Pinterest
  • Ibu Gauri meminta bantuan pengamal Hindu untuk pisahkan pasangan tersebut.
  • Abang Gauri mengacukan senapang pada Shah Rukh Khan dan meminta untuk melupakan adiknya.

Tetapi perkahwinan pasangan ini tetap berlangsung selepas Gauri yang berstatus Brahmin terbuka hati untuk menerimanya selepas menolak lamaran Shah Rukh Khan beberapa kali.

Preity Zinta + Gene Goodenough 

Akhir sekali adalah aktres Bollywood, Preity Zinta dan pasangannya, Gene Goodenough.

Foto – Pinterest

Preity Zinta yang beragama Hindu memilih untuk berkahwin dengan Gene yang beragama Kristian. Walaupun berbeza agama dan bahasa, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mereka menyayangi satu sama lain dan berkahwin.

Walaupun berbeza agama, usia dan bahasa ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan Bollywood hidup dan bahagia bersama.

Tags: artis bollywood kahwinartis kahwin lain agamakahwin lain agama
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Menarik! 5 Pasangan Bollywood Ini Kahwin Berlainan Agama

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.