Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Nak Tahu Apa Personaliti Kamu Mengikut Jenis Darah? Cepat Semak

by Soph.Azz
December 6, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

65
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Menarik! Berdasarkan jenis darah, kamu boleh tahu apakah sebenarnya personaliti diri kamu dan orang sekeliling.

Menerusi Teori Darah Furukawa dari Jepun, team Wanista nak kongsikan apakah personaliti sebenar diri kamu mengikut jenis darah. Cepat semak di bawah;

Darah A

Dipetik daripada Psycholo Genie, golongan darah A digelar sebagai petani kerana memiliki sifat yang sabar, suka akan kedamaian dan sangatlah setia.

Foto – Pinterest

Dalam pada masa yang sama, golongan darah A juga seorang yang sensitif, sangat menjaga standard diri dan imej mereka.

Malah mereka juga berhati-hati dalam membuat keputusan dan boleh lakukan pelbagai perkara dalam satu masa.

Darah B

Bagi darah B pula, golongan ini digelar sebagai pemburu kerana mereka lebih gemar untuk tidak mengambil risiko dan cepat membuat keputusan. Tapi sebelum buat keputusan, mereka akan menitik beratkan pelbagai aspek terlebih dahulu.

Foto – Pinterest

Selain itu golongan ini juga akan fokus pada sesuatu perkara dan tidak akan berputus asa sehingga berjaya.

IKLAN

Darah AB

Darah AB pula dikatakan sebagai golongan yang memiliki daya fikir analitik dan logik yang hebat. Memiliki sedikit personaliti daripada darah A dan B itu yang membuatkan mereka menjadi berbeza dan unik.

Foto – Pinterest

Individu yang miliki darah AB juga seorang yang tinggi keyakinan diri walaupun ada masanya mereka seorang pemalu bila berada di khalayak ramai.

Malah jika ada sebarang masalah atau kerja yang tertangguh, ia akan buatkan golongan ini menjadi tidak tenang dan gelabah.

Darah O

Akhir sekali adalah golongan darah O. Golongan ini adalah seorang trendsetter dan miliki personaliti sebagai seorang pahlawan.

Foto – Pinterest

Menerusi teori tersebut, golongan darah O adalah seorang yang tidak jujur, tidak suka ditipu, miliki ciri-ciri ketua dan mudah menyerah kalah dalam hidup.

Berdasarkan jenis darah kamu, ada tak personaliti di atas yang sama dengan diri kamu sekarang?

Tags: jenis darahpersonaliti dan jenis darahpersonaliti ikut jenis darah
Share26SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Nak Tahu Apa Personaliti Kamu Mengikut Jenis Darah? Cepat Semak

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.