Cakap soal nak berkahwin, tak akan ada orang yang tak mahu berkahwin. Betul tak?
Tapi sebelum nak berkahwin, kamu perlu ikuti beberapa prosedur kerana soal kahwin ini bukan boleh main bedal saja ye.
Nak tahu apakah prosedur yang perlu diikuti oleh pasangan yang bakal berkahwin, lihat perkongsian video Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) di bawah;
Nak berkahwin, wajib ikuti prosedur ini
Dikongsi di Twitter dan TikTok, video prosedur oleh JAWI ini mudah difahami dan jelas prosedurnya untuk pasangan yang bakal berkahwin.
Bagi pasangan yang bakal berkahwin dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ikut beberapa langkah berikut:
- Daftar dan ikuti kursus pra-perkahwinan.
- Isi borang nikah di laman web Jabatan Agama dan cetak.
- Lakukan ujian HIV
- Berjumpa dengan imam jurunikah bersama wali (untuk perempuan sahaja) dan tetapkan tarikh nikah.
- Hantar borang nikah yang lengkap di kaunter pejabat agama dan selesai!
TUTORIAL NIKAH !!! bestnyaaa cara dia tunjuk guidelines procedures nak nikah. tak payah pening dah ! pic.twitter.com/3mBBnmdNB9
IKLAN
— ain (@shinybloom_) November 30, 2021
Menjengah ke ruangan komen seorang pengguna TikTok mendedahkan sebelum pihak perempuan dan wali berjumpa dengan jurunikah, pihak lelaki perlu mendapatkan cop kariah masjid atau penghulu terlebih dahulu. Cari kariah masjid yang terdekat dengan tempat tinggal.
Jika kamu atau pasangan bermastautin, dapatkan tandatangan mastautin sebelum cop kariah masjid/imam/jurunikah lelaki. Setelah selesai, serahkan borang tersebut pada pasangan perempuan.
Bagi pasangan yang bakal berkahwin dan masih keliru apa yang perlu dilakukan sebelum berkahwin, ikuti prosedur yang dikongsi oleh JAWI di atas okay?