Macam mana kehidupan seks kamu dan pasangan? Tawar? Suram? Mungkin kamu boleh perbaikinya dengan mengamalkan beberapa makanan untuk menaikkan libido kamu itu.
Diet yang berkhasiat boleh memberi manfaat kepada kehidupan seks kamu dalam pelbagai cara, iaitu meningkatkan libido, aliran darah dan kesihatan jantung malah stamina.
Dipetik dari Times Of India, Di Vijay Singhal yang merupakan Sexologist Sri Balaji Action Medical Institute menerangkan konsep makanan untuk seks dan bagaimana ia boleh meningkatkan libido.
“Mana-mana makanan sihat adalah baik untuk seks. Contohnya seperti strawberi dan avocado. Manakala alkohol pula meningkatkan keinginan tetapi mengurangkan prestasi.
Tiram
Dikenali sebagai aphrodisiac atau bahan kimia merangsang seksual. Tiram kaya dengan zinc yang boleh membantu mengawal tahap testosteron dan meningkatkan aliran darah.
- Foto – New Security
Makanan laut lain seperti salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin penting lain, yang boleh menggalakkan aliran darah yang sihat.
IKLAN
Beri
Biji buah-buahan ini sarat dengan zinc yang penting untuk seks kedua-dua lelaki dan wanita. Jika wanita mempunyai tahap zinc yang tinggi, badan mereka lebih mudah bersedia untuk seks.
- Foto – Clemson University
Lelaki pula, zinc mengawal tahap testosteron yang bertanggungjawab menghasilkan sperma.
Avocado
- Foto – Man of Many
Asid folik dan vitamin B6 kedua-duanya diperlukan untuk dorangan seks yang sihat. Asid folik mengepam badan dengan tenaga, manakala vitamin B6 menstabilkan hormon.
Coklat
Dikenali sebagai simbol keinginan, bukan hanya kerana rasa yang lazat tetapi juga kuasanya untuk meningkatkan keseronokan seksual. Coklat menggalakkan pembebasan bahan kimia phenethylamine dan serotonin ke dalam badan anda.
- Foto – iStock
Ini boleh menghasilkan beberapa kesan aphrodisiac dan menaikkan mood.
Semoga kupasan di atas dapat membantu kehidupan seks kamu.