Siapa yang tidak mengenali Yaya Zahir. Dia merupakan pengacara TV dan individu berpengaruh di media sosial. Nampaknya wanita cantik manis ini terus mekar dalam dunia fesyen bila dia diberi peluang kolaborasi bersama gedung fesyen global, SHEIN.
Koleksi SHEIN X YAYA ZAHIR menampilkan rangkaian yang unik dan berwarna-warni sesuai dengan personaliti Yaya yang ceria. Inspirasi oleh keperibadian dan pendekatan Yaya terhadap fesyen, kolaborasi ini membawa keseronokan dan sentuhan kewanitaan.
- Foto – Shein
“Gaya saya sentiasa tentang eksperimen dengan sesuatu yang luar biasa, dan yang paling penting untuk memberi ruang kepada diri mencuba sesuatu yang baharu.
IKLAN
“Bagi warna, saya mahukan sesuatu yang menyeronokkan dan menarik yang akan menonjol penampilan. Bayangkan apabila mood anda sedang suram, pakailah salah satu pakaian saya dan beritahu diri anda, saya adalah saya dan saya ‘mampu melakukan apa sahaja!”, kata Yaya.
- Foto – Shein
Koleksi ini direka dalam gaya dengan warna yang terang dan kontra, sesuai untuk fesyen jalanan. Permainan warna biru dan hijau serta merah jambu mudah untuk dipadankan dengan mana-mana warna lain.
Sempena pelancaran koleksi, nikmati diskaun istimewa 15% tanpa pembelian minimum dari 28 November 2021 hingga 15 Disember 2021 dengan kod promo “YAYAZAHIR”.
- Foto – Shein
Beli koleksi #SHEINXYAYAZAHIR hari ini di SHEIN.