Jangan sesekali skip krim pelembap. Kalau kamu malas sekalipun kena tetap pakai pelembap.
Kamu kena tahu hydration sangat penting untuk kulit kerana kadang-kadang pengeluaran minyak berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kekeringan. Jadi dengan memakai pelembap, kamu dapat mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan atau kekeringan.
Cuma yang mendatangkan masalah bila pelembap yang dijual di luar sana kerap untuk melekit dan agak berminyak.
Neutrogena Hydro Boost Water Gel
- Foto – Chemist Connect
Ramai berpuas hati selepas menggunakan krim pelembap ini. Bahan utamanya adalah Hyaluronic Acid, bahan yang sangat popular terdapat dalam pelembap yang sesuai untuk kulit kebanyakan orang.
CeraVe Moisturizing Cream
- Foto – Cloud 10 Beauty
Tanyalah mana-mana dermatologi, produk Cerave memang tak akan mengecewakan. Salah satu yang popular adalah krim pelembapnya. Krim ini mempunyai bahan aktif Hyaluronic Acid dan Ceramides, sesuai untuk yang kulit kering eczema dan jenis acne-prone mudah sensitif.
IKLAN
Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion
- Foto – Shopee
Krim ini menyediakan pelembapan yang mendalam dan menambah baik tona dan tekstur kulit. Birch Sap adalah ramuan hebat yang digunakan untuk menenangkan dan merawat kulit sensitif dan jengkel. Ia bebas minyak dan ringan, menghidrat dan merawat kulit bermasalah dengan baik.
The Body Shop Tea Tree Oil Mattifying Moisturizer
- Foto – Shopee
Tea Tree Oil terkenal untuk menghilangkan jerawat. Menggunakan pelembap dengan bahan ajaib ini akan menghalang jerawat dari kerap timbul. Kamu boleh menggunakan ini sebagai pelembap atau primer kerana formulanya yang ringan dan matte.
Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream
- Foto – Shopee
Krim bebas minyak ini membolehkan penyerapan kulit dengan mudah. Ia mempunyai Imperata Cylindrica Root Extract dan Antarcticine untuk membantu kulit mengekalkan tahap penghidratannya. Lagi satu krim pelembap ini juga menawarkan kawalan minyak dan kilauan.
Senarai di atas berdasarkan pada pemerhatian Wanista di media sosial.