Siapa sangka bilik yang bersepah pun ada anugerahnya?
Seorang kanak-kanak iaitu Emily dari Glaslow, United Kingdom telah memenangi anugerah “Bilik Paling Bersepah 2021” kerana memiliki sikap yang malas berkemas dan pembersih.
Emily, 8 tahun, dimasukkan dalam pertandingan tersebut setelah ibu bapanya tidak tahan melihat keadaan biliknya yang bersepah.
Untuk pengetahuan kamu, syarikat Happy Beds telah menganjurkan anugerah ini untuk mencari bilik kanak-kanak bersepah sebagai juara.
Pertandingan ini mendapat sambutan daripada ibu bapa apabila ramai yang menghantar gambar bilik anak mereka yang bersepah. Untuk pemenang, mereka akan diberikan katil baru dari Happy Beds yang berharga RM2254.
Bapa Emily, Steve mendedahkan bilik itu sebagai ‘medan perang’ apabila anaknya hanya menggunakan bilik tersebut sebagai tempat menukar pakaian atau letak barangannya. Atas kemenangan tersebut, Steve berharap agar anaknya berubah dan mengemas bilik dengan bersih.
“Puas kami menyuruh Emily mengemas bilik tetapi dia tidak endahkannya sehingga saya masukkannya dalam pertandingan ini. Saya harap dengan anugerah yang dimenanginya, Emily akan berubah.”