Kamu pernah lihat anak perempuan pasangan selebriti Bollywood, Ajay Devgn dan Kajol? Sumpah cantik!
Baru berusia 18 tahun, Nysa Devgn memiliki kecantikan yang tidak saling tumpah seperti ibunya. Bermata bundar, hidung mancung dan paling penting senyuman yang manis serta memikat.
Walaupun tidak sepopular seperti anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan, tetapi ramai yang terpesona akan kesederhanaan dan kecantikan asli Nysa.
Lihat beberapa gambar di bawah, memang sama cantik dengan ibunya dan sudah nampak macam kembar;
Info menarik untuk kamu, semasa dalam kandungan lagi Ajay telah berhasrat untuk menamakan anak perempuannya sebagai Nysa yang bermaksud Dewi Kesucian.
Selain Nysa, pasangan selebriti Bollywood ini juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Yug Devgn.
Kalau kamu nak tahu, Kajol pernah alami keguguran. Disebabkan oleh itu dia memberikan perhatian yang sepenuhnya pada Nysa dan menolak tawaran berlakon ketika itu.
Cantik kan Nysa? Jadi tak hairanlah kenapa ada pepatah “ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi”.