Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

by Soph.Azz
November 29, 2021
Foto - Cosentino

Foto - Cosentino

35
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seiring dengan pelancaran Ethereal by Silestone, syarikat Cosentino telah bekerjasama dengan pereka fesyen dan pengasas Bespoke ID iaitu Melinda Looi.

Kerjasama ini telah menampilkan beberapa idea dan inspirasi untuk rakyat Malaysia memasukkan rekaan marmar ke dalam rumah untuk kegunaan seharian.

Bagi memberi pilihan yang banyak pada pelanggan, Cosentino telah mengeluarkan 4 warna baru dalam koleksi Ethereal by Silestone. Antaranya adalah Ethereal Dusk, Ethereal Haze, Ethereal Glow dan Ethereal Noctis. 

Ethereal By Silestone Beri Peluang Reka Bersama Melinda Looi 

Menerusi koleksi Ethereal By Silestone, Melinda telah berkongsi beberapa idea untuk menggabungkan koleksi ini mengikut personaliti dan gaya yang berbeza.

Foto – Cosentino

“Setiap rumah perlu mencerminkan keperibadian individu kerana di situlah mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka. Tapi untuk wujudkan ruang tersebut mereka perlu pilih barangan yang mudah disesuaikan dalam setiap ruangan rumah dan Ethereal by Silestone adalah jawapannya.”

Tambah Melinda setiap individu tidak perlu takut untuk mengubah atau menggabungkan beberapa barangan bagi menghasilkan satu ruangan yang baru dan selesa.

IKLAN

“Sama seperti fesyen yang menampilkan gabungan bahan, anda sentiasa boleh masukkan gaya yang berbeza dan elemen ke dalam pakaian untuk mencipta lebih banyak tekstur. Samalah seperti reka bentuk dalaman di mana anda boleh tampilkan gabungan permukaan dan warna yang berbeza seperti Ethereal by Silestone untuk inspirasi reka bentuk dalaman.”

  • #1 Idea Untuk Mencipta Ruangan “The Artist”
Foto – Cosentino

Untuk mewujudkan ruangan “The Artist“, kamu boleh menggabungkan permukaan marmar Ethereal Dusk dan Ethereal Haze. Hasilnya ruangan rumah akan kelihatan seperti di muzium, sesuai sangat untuk orang yang kreatif dan berseni.

  • #2 Idea Untuk Mencipta Ruangan “The Sophisticated”
Foto – Cosentino

Manakala ruangan “The Sophisticated” pula, kamu boleh gunakan Ethereal Glow dan Ethereal Noctis untuk wujudkan reka bentuk dalaman yang lebih moden dan minimalis. Nak lebih bergaya dan canggih, gunakan perabot berwarna hitam.

Memang automatik rumah nampak cantik sangat bila gunakan idea-idea Melinda Looi dan koleksi Ethereal by Silestone.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Ethereal by Silestone, layari laman web rasmi Cosentino [KLIK DI SINI].

Tags: cosentino malaysiaethereal by silestonemelinda looi
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.