“Dah lama rasanya tak bawa anak-anak keluar jalan-jalan”
Mak ayah apa kata kamu mula merancang untuk bawa anak-anak ke KidZania Kuala Lumpur (KL) pada hujung minggu ini?
Seperti yang kamu tahu KidZania KL sudah dibuka semula selepas ditutup sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebelum berkunjung ke KidZania KL, berikut adalah antara perkara menarik dan best yang perlu mak ayah tahu;
Dibuka Semula Di Bawah Pemilik Baru
Info untuk kamu KidZania adalah sebuah taman edutainment yang berkonsepkan keluarga. Pada awalnya ia dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd sebelum dibuka semula di bawah Sim Leisure Group Singapura.
Bersempena dengan pembukaan semula KidZania KL, syarikat ini telah menjalinkan kerjasama dengan Inter Mark Resources Sdn Bhd. Hasil kerjasama ini KidZania bakal menerima tiga rakan kongsi baru iaitu A&W, Subway dan Jamaica Blue Coffee.
IKLAN
“Saya amat berbesar hati memperkenalkan dan mengalu-alukan A&, Subway dan Jamaica Blue Coffee ke KidZania. Jalinan ini pasti akan meningkatkan lebih banyak tawaran pada semua pelawat iaitu kanak-kanak dan ibu bapa”, ujar Sim Choo Kheng (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sim Leisure).
Ini Yang Menarik Untuk Ibu Bapa & Kanak-Kanak!
Setelah KidZania menjalinkan kerjasama dengan ketiga-tiga industri ini, mak ayah dan kanak-kanak boleh menikmati pelbagai kemudahan dan hidangan yang menarik.
Bagi kanak-kanak mereka boleh mempelajari dan menimba pengalaman baru dalam menyediakan makanan sendiri sama ada di Subway atau A&W. Kanak-kanak juga boleh menyediakan makanan mereka sendiri berdasarkan menu yang disyorkan.
Manakala mak ayah pula boleh menunggu dan menghabiskan masa mereka di kafe Jamaica Blue Coffee. Sangat eksklusif dan selesa untuk mak ayah berehat sambil menunggu anak-anak. Di kafe tersebut, mak ayah boleh menikmati minuman yang disediakan dan pastri.
Menarik kan? Jadi nak datang ke KidZania, pastikan kamu menempah tiket terlebih dahulu di laman web KidZania untuk memudahkan pergerakan kamu.
Enjoy!