Cuba tanya mana-mana pengantin baru, mesti ada yang mengatakan malam pertama merupakan waktu yang ditunggu-tunggu.
Bukan apa malam pertama boleh menjadi penanda awal bagi pasangan suami isteri untuk menghabiskan hidup bersama dan bermesra.
Dalam alam perkahwinan suami isteri perlu memenuhi keperluan masing-masing terutamanya nafkah batin. Tapi perlu dilakuakn atas dasar ibadah, barulah dapat keberkatannya.
Jadi pengantin baru malam pertama nanti cuba ikut sunnah Rasullulah S.A.W. berikut…
#1 Membersihkan diri
Sebelum berjimak atau melakukan hubungan seksual, suami isteri ‘diwajibkan’ untuk membersihkan diri seperti mandi. Tujuannya adalah untuk membersihkan dan menyegarkan diri.
#2 Berhias dan pakai wangi-wangian
Untuk isteri, selepas membersihkan diri, kamu sangat disyorkan untuk berhias dan memakai wangi-wangian. Ini kerana kamu bakal membuatkan suami menjadi lebih tertarik dan gembira berada dengan kamu.
#3 Baca doa sambil tangan di ubun-ubun isteri
Selepas pertama kali berjumpa dengan isteri selepas akad nikah, para suami disunatkan untuk mendakan kebaikan pada isterinya. Ketika itu suami perlu letakkan tangan kanan di ubun-ubun isteri dan baca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
(Allahumma inni as-aluka khoiroha wa khoiroma jabaltaha ‘alaihi wa a’udzu bika min syarriha wa min syarrima jabaltaha ‘alaihi.)
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiat yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang dia bawa.”
-Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
#4 Lakukan solat sunat bersama
Pada masa yang sama, sebelum berjimak suami isteri disyorkan untuk melakuakn solat sunat dua rakaat bersama. Selepas solat sunat, baca doa malam pertama di bawah:
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِي فِي أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
(Allahumma baarik lii fii ahlii, wa baarik lahum fiyya. Allahummazuqnii minhum warzuqhum minni. Allahummajma’ baynanaa maa jama’ta ila khairin, wa farriq baynanaa idza farraqta ilaa khairin.
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan kepada isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah kami (berdua) dalam kebaikan.”
-Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf
#5 Bermesra terlebih dahulu
Untuk pasangan suami isteri yang pertama kali melakukan hubungan seksual memang akan menjadi kaku dan malu. Jadi untuk elakkan rasa malu dan kaku, kamu dan pasangan perlu bermesra terlebih dahulu.
Antaranya melakukan sentuhan fizikal seperti bercium, berpeluk atau foreplay.
#6 Baca doa sebelum berhubungan seksual
Pada masa yang sama, suami isteri juga disyorkan untuk membaca doa sejurus sebelum berhubungan seksual. Tujuannya adalah untuk menghindarkan daripada diganggu jin dan syaitan.
سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.
(Bismillah, allahumma jannibnaasy syaithoona wa jannibisy syaithoona maa rozaqtanaa.)
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.”
#7 Wajib elak melakukan seks di dubur
Penting untuk suami tahu, kamu boleh bermesra dengan isteri di tempat-tempat yang disukai. Tetapi jangan sesekali melakukan hubungan seksual di dubur iaitu punggung.
نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنّٰى شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوٓا أَنَّكُمْ مُّلٰقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercuck tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki.” (QS. Al Baqarah: 223)
Melakukan seks di dubur bukan sahaja hukumnya haram, malah boleh mendatangkan risiko penyakit kelamin pada kamu dan pasangan.
Para pengantin baru jangan lupa untuk ikut sunnah di atas okay, barulah dapat keberkatan dan rumah tangga dilindungi sentiasa. Insya-Allah!