Siapa yang tidak kenal petroleum jelly, antara item penjagaan kulit yang paling popular untuk melembapkan bibir? Atau ramai yang mengenalinya dengan nama Vaseline kerana jenama ini antara yang popular di pasaran.
- Foto: KlikDokter
Petroleum jelly adalah penyelamat bagi anda yang mempunyai kulit dan bibir yang ‘super’ kering.
Bukan sahaja melembapkan, petroleum jelly ni juga ada beberapa kebaikan yang tidak disangka-sangka tau. Jom lihat 4 manfaat petroleum jelly yang tidak dijangka seperti yang dikongsikan di laman Seventeen.
Menjadikan Minyak wangi Tahan Lama
Salah satu kebaikan petroleum jelly yang tidak dijangka ialah ia boleh membuatkan minyak wangi tahan lebih lama. Memang tidak dinafikan selepas melakukan aktiviti lasak, bau minyak wangi yang kita gunakan akan hilang. Nah, untuk mengatasinya anda boleh menggunakan petroleum jelly.
- Foto – Beauty in The Bag
Caranya ialah sapukan sedikit jeli petroleum pada bahagian badan yang sering anda sembur minyak wangi seperti di bahagian nadi atau leher. Kemudian seperti biasa semburkan body mist atau minyak wangi di kawasan tersebut. Dijamin minyak wangi anda akan tahan lebih lama!
Mencegah Dari Rambut Bercabang
Bukan sahaja untuk kulit sahaja, petroleum jelly juga mempunyai kelebihan yang bagus untuk rambut lagi-lagi mengalami masalah rambut bercabang. Masalah ini sering dihadapi akibat penggayaan dan pewarnaan rambut.
- Foto: SkinKraft
Untuk menyelamatkan rambut anda daripada kerosakan, anda boleh menggunakan petroleum jelly ini. Sapukan sedikit jeli petroleum ke hujung belah untuk mengunci kelembapan di hujungnya. Tetapi jangan urut, calit sahaja.
Buat Feathery Eyebrow
Trend kening feathery menjadi salah satu trend kening yang paling digemari oleh wanita. Tidak hairanlah pelbagai jenama mengeluarkan produk untuk menjadikan kening kelihatan lebih berbulu. Berita baiknya, anda tidak perlu membeli produk ini jika anda mempunyai jeli petroleum di rumah.
- Foto: voguescandinavia.com
Caranya ialah sapukan sedikit petroleum jelly pada berus kening, kemudian sapukan dengan memberus kening perlahan-lahan. Sikat kening anda ke atas supaya kening anda kelihatan lebih panjang dan kelihatan berbulu.
Melindungi Kepala Dari Pewarna Rambut
Jika anda suka mewarnakan rambut anda, anda pasti mendapati pewarna rambut melekat pada kulit kepala. Nah, ada cara mudah untuk mencegahnya iaitu anda boleh menggunakan petroleum jelly.
- Foto: HealthLine
Cara sapukan jeli petroleum di kawasan kulit kepala, kemudian di bahu, dan di belakang telinga. Ini dilakukan untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kawasan yang tidak diingini seperti kulit.