Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

by Soph.Azz
November 23, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

568
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Menangis tak berhenti, sampaikan timbul urat hijau antara mata dan hidung. Sebab apa ye?”

Selalu bila anak kerap dan suka menangis, ia mungkin disebabkan oleh rasa lapar, mengantuk, tak selesa atau lampin sudah penuh.

Kebiasaannya mak ayah akan menjadi extra panik bila anak tak berhenti menangis. Sambil pujuk anak berhenti menangis, terperasan pula ada urat hijau yang timbul di antara hidung dan mata.

Nak tahu kenapa timbulnya urat hijau ini pada anak yang kerap menangis, baca perkongsian di bawah;

Urat Hijau Petanda Sawan Tangis? 

Untuk pengetahuan kamu, urat hijau yang timbul di antara hidung dan mata itu adalah petanda anak kamu mengalami sawan tangis.

Sawan tangis atau infatile colic ini adalah keadaan di mana bayi menangis lebih dari tiga jam sehari. Keadaan ini sering berlaku pada bayi yang berusia 3 minggu hingga 16 minggu.

Foto – Pinterest

Info tambahan: Bayi yang alami sawan tangis akan nangis berlebihan pada waktu petang dan malam.

Kebiasaannya sawan tangis akan berlaku ketika bayi dalam keadaan marah, ketakutan atau kesakitan. Pada masa yang sama, sawan ini juga boleh terjadi secara reflex iaitu tanpa sengaja.

Tanda-Tanda Sawan Tangis 

Kalau kamu perasan bayi yang memiliki sawan tangis ini akan menangis lebih kuat dan bingit berbanding tangisan bayi biasa.

IKLAN

GIF – GIPHY

Selain itu nak tahu sama ada bayi kamu alami sawan tangis atau tidak, cuba perhatikan beberapa tanda berikut:

  • Bayi akan mula menggengam tangan dengan erat ketika menangis
  • Badan akan menjadi berpeluh dan kemerah-merahan
  • Kaki akan mula mengerekot dan kaku
  • Tidak mahu menyusu, didodoi atau dibedung
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri
  • Bernafas dengan laju sehingga dada berombak dan tercungap-cungap
  • Kadar denyutan jantung dan nadi akan jadi perlahan
  • Warna kulit berubah menjadi pucat dan dingin

Rawatan Sawan Tangis

Bagi mak ayah, jangan panik bila anak menangis dengan kerap. Walaupun tertekan, kamu patut cuba bertenang untuk merawat masalah sawan tangis ini.

Berdasarkan beberapa perkongsian, kamu boleh merawat sawan tangis ini melalui dua cara iaitu perubatan Islam atau mendapatkan rawatan daripada doktor.

Foto – Pinterest

Bagi yang mahu melakukan rawatan perubatan Islam, mak ayah boleh ikut perkongsian yang dibuat oleh Hasliza Aziz iaitu:

  • Pegang bayi dan menghadap ke arah kiblat
  • Pandang muka bayi
  • Baca surah-surah dari Al-Quran seperti surah Al-Baqarah (ayat 255), surah Al-Ikhlas, surah An-Nas dan surah Al-Falaq.
  • Kemudian baca bismillah sebanyak 5 kali dan azan.
  • Setelah selesai membaca, tiup pada ubun-ubun bayi dan usap dari kepala hingga ke hujung kaki bayi.
Foto – Pinterest

Jika anak masih tidak berhenti menangis, mak ayah boleh lakukan ‘rawatan awal’ dengan membuka lagu White Noise di YouTube.

Bunyi ini membantu kamu untuk menangkan bayi kerana bunyi tersebut seakan-akan sama seperti mereka berada dalam kandungan.

Jadi apa-apa pun mak ayah jangan panik okay bila anak kerap menangis, pastikan kamu tenang untuk menangani situasi ini.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: punca anak menangispunca urat hijau pada bayisawan tangis
Share227SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

January 5, 2022
Foto - Astro Awani
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

December 20, 2021
Foto - KidZania
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

November 27, 2021
Foto - @realpz (IG) / Cinema Express
Keibubapaan

Teruja Timang Anak Kembar Lepas 5 Tahun, Preity Zinta Kongsi Guna Khidmat Ibu Tumpang

November 22, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.