Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rajin Sebut “AEIOU” & Amal Langkah Ini Barulah Dapat Jawline Macam Angelina Jolie

by Soph.Azz
November 22, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

57
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau kamu nak tahu apa sebabnya cuba perhatikan bentuk wajah dan badannya, sumpah perfect. Lagi-lagi jawline-nya, fuh… Memang tajam dan cantik!

Walaupun ada yang kata susah nak dapatkan jawline macam Angelina Jolie, sebenarnya mudah sahaja. Yang penting kena rajin.

7 Jenis Senaman Jawline Angelina Jolie 

Dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter, individu ini mendedahkan 7 jenis senaman yang dikongsinya boleh ‘menghasilkan’ jawline seperti Angelina Jolie.

Antaranya adalah:

  • Sebut “AEIOU” Setiap Hari

Senaman “AEIOU” berfungsi untuk menggerakkan otot wajah terutamanya di bahagian rahang. Fungsinya adalah untuk membakar lemak di bahagian pipi dan rahang.

Amalkan menyebut “AEIOU” setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Cuba lakukan sebanyak 40 kali dalam satu masa dan ulang sebanyak yang mampu.

  • Senaman Mulut “XO”

Senaman mulut “XO” ini sangat popular dalam kalangan mereka yang mahu kuruskan pipi dan mendapat jawline.

Foto – Pinterest

Caranya adalah sebut huruf X dan O sehingga mulut membentuk gerakan membuka dan tutup mulut. Lakukan setiap hari dan ulang sebanyak yang mampu.

  • Tepuk Dagu 40 Kali

Kenapa nak tepuk dagu, boleh hilangkan double chin ke macam ni?

GIF- GIPHY

Selain dapat hilangkan double chin, senaman tepuk dagu ini sangat membantu untuk membentuk dan menampakkan rahang kamu. Praktikkan tepuk dagu sebanyak 40 kali setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan malam.

  • Teknik Senyum Lebar 

Tak kira di mana sahaja, kamu boleh lakukan teknik senyum lebar ini. Caranya adalah:

Foto – Pinterest
  1. Tutup bibir dengan rapat dan senyum dengan lebar.
  2. Tahan selama 15 saat dan kembali ke keadaan asal.
  3. Ulang (1) tetapi dengan menampakkan gigi.
  4. Tahan 15 saat dan kembali ke keadaan asal.
  • Senaman Korea – Ma Me Mi Mo Mu 

Paling mudah dan menjadi ikutan wanita Korea adalah senaman “Ma-Me-Mi-Mo-Mu”. Info untuk kamu, senaman ini membantu untuk menguatkan otot pipi dan bibir.

BACA:  Selain Angelina-Shiloh, Wajah Selebriti & Anak Ini Dah Macam Kembar!

Yang paling penting semasa lakukan senaman ini, fokus untuk ambil nafas secara dalam supaya badan dapat menghasilkan kulit yang lebih cantik.

  • Teknik Kembung Pipi 

Untuk lakukan teknik mulut ikan ini, kamu hanya perlu kembungkan pipi seperti:

GIF – GIPHY
  1. Tutup mulut dan kembungkan kedua-dua pipi.
  2. Tahan selama 5 saat dan hembus nafas keluar.
  3. Ulang (1) dan (2) tetapi kembungkan pipi kanan sahaja.
  4. Kemudian ulang (3) dan lakukan pada pipi kiri.

Cuba amalkan langkah ini untuk beberapa kali dalam masa sehari okay?

  • Senaman Bibir “O”

Senang sangatlah senaman yang terakhir ini, iaitu senaman bibir “O”.

Foto – Pinterest

Nak lakukan senaman ini pertama sekali bentukkan bibir seperti huruf “O”. Kemudian lepaskan bibir dan bentuk senyuman yang lebar perlahan-lahan. Ulang beberapa kali mengikut kemampuan.

Walaupun 7 langkah senaman di atas nampak mudah dan macam tak masuk akal, cuba kamu berdisplin dalam masa sebulan. Confirm jawline tajam macam Angelina Jolie.

RUJUKAN

FILED UNDER angelina joliecara tajamkan jawlinesenaman jawline
Share23SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.