Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Beri Otak Makanan Sesuai Baru Aman Damai, Doktor Kata 7 Makanan Tangani Anxiety

by Lisa AG
November 22, 2021
Foto - www.hungryhuy.com

Foto - www.hungryhuy.com

62
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Anxiety letaknya di dalam otak. Beri otak makanan yang sesuai. Otak akan tenteram. Aman damai.”

Itu kata-kata Dr Rizal Abu Bakar untuk menangani anxiety yang menyusutkan hidup ini. Anxiety atau kebimbangan adalah tindak balas semula jadi tubuh anda terhadap stress. Rasa takut atau kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku.

Perut memulas tanpa sebab. Dada berdebar kencang. Itu antara tanda penyakit ini.

Jadi penting untuk mengambil makanan yang sesuai agar otak dapat melakukan kerja dengan baik, dan boleh membantu.

Makanan tinggi L-Tryptophan seperti ayam, pisang dan ayam belanda

L-Tryptophan, salah satu daripada asid amino penting, membantu badan anda menghasilkan serotonin, bahan kimia yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kitaran tidur yang betul.

Ikan seperti sardin, salmon, kembung

Foto – The Conversation

Ikan ini mengandungi omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah asid lemak yang mempunyai hubungan kuat dengan fungsi kognitif serta kesihatan mental.

Nasi dari beras perang

Beras perang mengandungi beberapa mineral seperti manganese, yang diperlukan untuk pengeluaran asid lemak penting, terutamanya glutamin dan gliserin. Oleh itu beras perang meningkatkan integriti sistem saraf dan mengurangkan serangan panik dan gangguan kecemasan.

Kekacang seperti pea, dhal, walnut, badam dan gajus

Foto – Blogger Namakucella

Kacang merupakan sumber vitamin E yang baik. Vitamin E adalah antioksidan. Antioksidan boleh memberi manfaat untuk merawat anxiety, manakala beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa tahap vitamin E yang rendah boleh menyebabkan kemurungan pada sesetengah orang.

Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan daun salad

Sayuran berdaun hijau boleh membantu mereka yang mengalami anxiety berasa lebih tenang. Ini kerana magnesium memainkan peranan dalam membantu anda berasa lebih tenang. Pastikan anda mendapat cukup mineral itu untuk membantu mengawal keadaan.

BACA:  Adele Workout Bukan Untuk Kurus Tapi Sebab Masalah Mental?

Oat

Foto – Lifestyle Kompas

Di sini oat jenis rolled atau regular, bukannya yang segera atau 3 dalam 1. Oat juga memberi anda rangsangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin yang boleh meningkatkan mood anda.

Ubi keledek

Ubi keledek kaya dengan serat dan karbohidrat kompleks, yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah stabil untuk mengimbangi mood.

Makanan ini banyak membantu. Ingat yang perlu dielak sila elak. Yang perlu diambil, banyakkan.

FILED UNDER Anxietykebimbanganmakanan anxiety
Share25SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.