Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Lelaki Pun Kena Jaga Muka, Ikut 5 Rutin Dari Herbalife Nutrition Ini!

by Lisa AG
November 21, 2021
Foto - Qnet

Foto - Qnet

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wahai lelaki, anda pun patut jaga penampilan diri, mulakan dengan kulit wajah. Penjagaan kulit bukan untuk kaum hawa sahaja. Penjagaan kulit muka adalah penting buat para lelaki terutamanya untuk memastikan kulit sihat.

Jika anda tak tahu bagaimana nak mulakan caranya, Wanista kongsi 6 rutin mudah para lelaki boleh buat.

Gunakan produk yang bersesuaian dengan muka

Kebanyakan lelaki mempunyai isu dengan misai, janggut atau jambang. Ini termasuk apa yang digunakan untuk mencukur dan bagaimana kulit muka dijaga selepas dicukur. Daripada menggunakan sabun buku, gunalah produk yang lebih lembut dan kurang kasar.

Foto – Spoke Style

Sabun buku kasar untuk kulit muka. Ini kerana sabun buku selalunya mengandungi bahan-bahan seperti wangian atau detergen kasar yang berpotensi untuk menghilangkan minyak semula jadi yang diperlukan untuk memastikan keseimbangan kulit muka kita.

Basuh dan cuci muka ikut jenis kulit

Guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit boleh menyebabkan perubahan. Elak sabun-sabun biasa yang kasar dan yang mampu menghilangkan minyak semulajadi kulit anda. Sebaliknya, pilihlah pencuci muka lembut yang telah diuji pakar dermatologi serta bebas sulfat.

Hidrat dan lembapkan kulit setiap hari

Foto – Business Insider

Cari pelembap muka yang mampu memberi hidrat yang secukupnya dan mempunyai sifat kelebihan seperti Faktor Perlindungan Matahari (SPF) dan antioksidan. Sifat-sifat tersebut akan memastikan kulit anda lembut dan lembap sekaligus mengurangkan kedut dan garis halus yang ketara.

Pakai mask tiap minggu

Selain itu, penggunaan mask muka tiap minggu juga merupakan satu keperluan. Menggunakan mask sekali atau dua kali seminggu boleh membantu menghilangkan kekotoran yang terkumpul di kulit muka anda. Pemakaian mask tiap minggu dapat membantu mengawal pengeluaran minyak kulit anda.

BACA:  Lelaki Pun Kena Jaga Muka, 5 Produk Bagus Boleh Cuba

Jangan lupa pelindung matahari

Melindungi kulit daripada matahari tanpa mengira cuaca merupakan satu langkah yang tidak patut diketepikan setiap hari, tanpa mengira cuaca. 

Dengan mengguna pelindung matahari yang efektif, anda bukan sahaja mengurangkan peluang untuk mengalami kesan kulit terbakar (sunburn) tetapi dengan mengelak radiasi UV, anda juga boleh mencegah tanda-tanda penuaan awal akibat dedahan kepada matahari dan terutamanya penyakit kulit.

Semoga rutin ini membantu anda mendapatkan kulit flawless!

FILED UNDER cara lelaki jaga mukaherbalife nutritionlelaki jaga muka
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.