Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Waktu Bila Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan?

by Soph.Azz
November 21, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

98
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa dekat sini yang setiap hari timbang berat badan?

Sebelum itu Wanista nak tanya kamu timbang berat badan kebiasaannya pada waktu bila, adakah pagi atau malam?

Ramai yang sebenarnya timbang berat badan ikut waktu yang mereka suka. Tetapi adakah kamu tahu ada beberapa waktu yang terbaik dan tepat untuk mendapatkan berat badan kamu.

Bila Waktu Yang Sesuai Timbang Berat Badan?

Antara waktu yang sering disyorkan untuk menimbang berat badan adalah waktu pagi. Tetapi sebelum menimbang, pastikan kamu belum bersarapan dan sudah membuang air besar atau kecil.

Foto – Pinterest

Info untuk kamu waktu pagi paling sesuai untuk menimbang berat badan kerana kamu tidak mempunyai berat badan tambahan dari makanan atau sisa makanan yang ada dalam pencernaan.

Seterusnya kamu juga boleh timbang berat badan sebelum bersenam. Jangan pula selepas ye kerana badan kamu sedang kehilangan cecair dari tubuh iaitu peluh dan ianya akan mempengaruhi jumlah berat sebenar.

Jangan Sesekali Timbang Berat Badan Pada Waktu Ini!

Pada masa yang sama ada satu waktu yang tidak sesuai untuk kamu timbang berat iaitu seminggu sebelum, sedang dan seminggu selepas datang haid. 

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, badan wanita yang datang haid akan dipenuhi dengan air disebabkan oleh hormon haid. Jadi elakkan timbang berat ketika waktu ini okay?

Seriuslah Kalau Timbang Setiap Hari Boleh Kurus?

Dipetik daripada Medicine Net, individu yang kerap menimbang berat badan mempunyai kecenderungan untuk hilang lebih banyak berat badan. Malah mereka juga dapat mencegah kenaikan berat badan untuk jangka masa yang panjang.

Foto – Pinterest

Manakala Dr. Imelda Balchin pula mengatakan bila timbang setiap hari, seseorang individu boleh melakukan self-monitoring.

“Ini membantu anda memantau dan belajar sendiri apakah amalan pemakanan dan aktiviti harian yang membantu anda mengurangkan berat badan. Ini memberi anda semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha yang anda tahu berkesan untuk diri anda sendiri.”

Sekadar pesanan pada yang ingin menimbang berat badan pastikan kamu memakai pakaian yang nipis ye, kalau tidak terkejut nanti lihat berat semakin bertambah. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2

FILED UNDER timbang berat badanwaktu sesuai timbang berat badanwaktu timbang berat badan
Share39SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.